Immunoglobulins secara intravena untuk epilepsi

Latar belakang
Epilepsi ialah satu gangguan di mana sawan berulang disebabkan oleh pelepasan elektrik yang tidak normal dalam otak. Penghidap epilepsi hadir dengan pelbagai jenis kecacatan imunologi. Kebanyakan sawan boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang antiepileptik, tetapi kadang kala sawan tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan ini. Orang mungkin memerlukan jenis rawatan lain-lain, seperti immunoglobulins secara intravena (IVIg). IVIg adalah produk darah steril, tulen yang diekstrak daripada plasma darah penderma. Rawatan IVIg adalah berharga dan keberkesanannya mempunyai implikasi penting kepada pengurusan epilepsi.

Ulasan ini menilai keberkesanan IVg sebagai rawatan untuk mengawal serangan sawan. Hanya satu kajian (61 peserta) membanding keberkesanan rawatan IVIg sebagai tambahan dengan plasebo sebagai tambahan dalam pesakit yang menghidapi epilepsi refraktori dimasukkan.

Keputusan
Keputusan ulasan menunjukkan bahawa terdapat tiada bukti yang meyakinkan bagi menyokong penggunaan IVIg sebagai rawatan bagi epilepsi dan lebih ujian terkawal rawak yang diperlukan.

Kualiti bukti
kajian yang disertakan dinilai mempunyai risiko rendah untuk berat sebelah. Dengan menggunakan metodologi GRADE, kualiti bukti dinilai terendah.

Bukti adalah semasa sampai 2 Februari 2017.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save