Immunoglobulin hepatitis B (HBIG) semasa hamil untuk pencegahan transmisi virus hepatitis B (HBV) ibu-ke-anak

Soalan ulasan
Tujuan utama kami adalah untuk mengulas bukti tentang manfaat dan kemudaratan suntikan HBIG kepada wanita hamil dalam tempoh tiga bulan terakhir kehamilan berbanding tanpa rawatan untuk pencegahan transmisi ibu-ke-anak bagi jangkitan HBV.

Latar belakang
Hepatitis adalah virus yang menjangkiti hati. Apabila jangkitan berlaku untuk masa yang lama, ia dikatakan ' kronik '. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan boleh menyebabkan kegagalan hati dan kanser.

Hepatitis B kebanyakannya disebarkan di antara orang melalui hubungan dengan darah yang dijangkiti, tetapi kerap berlaku daripada ibu kepada bayi di dalam rahim. Hepatitis B adalah meluas di Afrika dan Asia, dan apabila diperolehi semasa mengandung, jangkitan ini menimbulkan risiko yang serius kepada bayi yang belum lahir. Biasanya tiada gejala-gejala semasa peringkat awal jangkitan. Walau bagaimanapun, sehingga 85% daripada bayi yang dijangkiti melalui ibu mereka semasa lahir mengalami jangkitan HBV yang kronik.

HBIG adalah bahan yang dihasilkan daripada darah manusia yang digunakan untuk mengelakkan anak daripada mendapat jangkitan HBV daripada ibu. Apabila HBIG diberikan kepada wanita-wanita hamil yang mempunyai HBV, tahap antibodi (protein yang dihasilkan oleh sistem imun) yang tinggi akan sampai kepada virus dengan mudah merentasi plasenta kepada anak untuk melindungi daripada jangkitan HBV. Ini berfungsi dengan terbaik semasa fasa ketiga terakhir kehamilan.

Tarikh carian

Kami mencari bukti pada 22 Disember 2016.

Sumber dana kajian

Empat ujian klinikal telah ditaja oleh sebuah syarikat farmaseutikal, atau kumpulan dengan kepentingan kewangan (atau lain) dalam keputusan kajian.

Ciri-ciri kajian

Selepas mencari penulisan perubatan untuk kajian yang relevan, kami mengenal pasti 36 ujian klinikal yang telah melibatkan 6044 wanita hamil dengan tanda jangkitan HBV. Semua kajian berasal dari China. Semua ujian dan keputusan kajian adalah pada risiko yang tinggi bias, yang membuatkan terlebih anggaran tentang potensi faedah dan terkurang anggaran tentang kemudaratan menjadi lebih berkemungkinan.

Hasil-hasil utama

Kajian yang dinilai hanya antigen permukaan hepatitis B (HBsAg) (protein pada permukaan HBV yang menyebabkan sistem imun badan menghasilkan antibodi apabila terdedah kepada HBV), virus DNA hepatitis B (HBV-DNA) (bahan HBV yang membahagi-sendiri yang membawa maklumat genetiknya), dan antigen pembalut hepatitis B (HBeAg) (protein darah yang menunjukkan bahawa virus itu masih aktif dalam hati) status dalam bayi baru lahir. Tiada maklumat tentang kesan HBIG pada kematian dari semua sebab (bayi baru lahir atau ibu), antibodi kepada teras antigen hepatitis B (protein yang dibuat oleh sistem imun yang mengikat kepada HBV dan menyebabkan ia dimusnahkan), keberkesanan kos HBIG, dan kesan-kesan sampingan.

HBIG pranatal (sebelum lahir) mungkin mempunyai kesan untuk mencegah transmisi HBV ibu-ke-kanak kerana lebih banyak bayi yang dirawat berbanding bayi yang tidak dirawat yang tidak mempunyai HBsAg atau HBV-DNA; walau bagaimanapun, kedua-dua keputusan mungkin telah terjejas dengan cara kajian dijalankan dan berisiko tinggi untuk bias. Penulis tidak dapat membuat kesimpulan tentang kesan sampingan HBIG untuk wanita hamil dengan jangkitan HBV. Ujian klinikal yang direka dengan baik dengan risiko bias yang rendah adalah perlu untuk mewujudkan manfaat dan kemudaratan HBIG berbanding dengan tanpa rawatan dalam kalangan wanita hamil dengan HBV.

Kualiti bukti

Disebabkan oleh kualiti bukti yang sangat rendah hingga rendah dalam ulasan ini, kami tidak tahu jika pemberian HBIG pranatal mempunyai kesan terhadap perkadaran antara bayi baru lahir dengan HBsAg dan HBV-DNA berbanding dengan tanpa rawatan. Kami tidak boleh membuat kesimpulan tentang kematian bayi baru lahir atau ibu kerana kami tiada data didapati.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pasca-Siswazah Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Shazlin Shaharudin (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi mastura.malek78@gmail.com

Tools
Information