Kesan insentif kewangan terhadap kualiti penjagaan kesihatan yang disediakan oleh doktor penjagaan primer

Penggunaan pelbagai cara membayar doktor penjagaan primer dalam usaha untuk meningkatkan kualiti penjagaan, termasuk penggunaan insentif kewangan untuk memberi ganjaran secara langsung 'prestasi' dan 'kualiti', meningkat di beberapa negara. Terdapat banyak contoh di AS, dan Rangka Kerja Kualiti dan Hasil (QoF) untuk pengamal am (GP) di UK adalah contoh pembaharuan seluruh sistem yang utama. Walaupun skim-skim ini popular, terdapat sedikit bukti rapi kejayaannya dalam memperbaiki kualiti penjagaan kesihatan primer, atau sama ada pendekatan sedemikian kos efektif berbanding cara-cara lain untuk memperbaiki kualiti penjagaan. Tujuan ulasan ini adalah untuk mengkaji kesan perubahan dalam kaedah dan tahap pembayaran terhadap kualiti penjagaan yang diberi oleh doktor penjagaan primer (PCPs). Tiada bukti yang cukup untuk menyokong atau tidak menyokong penggunaan insentif kewangan untuk memperbaiki kualiti penjagaan kesihatan primer. Pelaksanaan perlu diteruskan dengan berhati-hati dan skim insentif perlu dirancang dan dinilai dengan berhati-hati.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save