Penjagaan kebersihan oral untuk pesakit kritikal bagi mencegah pneumonia yang berkait dengan ventilator

Soalan ulasan

Apakah kesan penjagaan kebersihan oral terhadap insiden pneumonia yang berkait dengan ventilator dalam kalangan pesakit kritikal yang menerima ventilasi mekanikal di unit rawatan rapi (ICU) hospital? Kami berhasrat untuk meringkaskan semua kajian sedia ada yang bersesuaian untuk mengenalpasti pencegahan berdasarkan bukti untuk kumpulan rentan ini.

Latarbelakang

Pesakit kritikal, sama ada tidak sedar atau disedasi semasa dirawat di ICU, kerapkali menggunakan mesin untuk membantu pernafasan (ventilator). Penggunaan mesin ini lebih daripada 48 jam boleh menyebabkan pneumonia berkait dengan ventilator (VAP). VAP adalah komplikasi serius dalam kalangan pesakit-pesakit yang kritikal.

Penjagaan kebersihan oral menggunakan ubat kumur mulut, gel, berus gigi atau kombinasi, bersama dengan penyedutan boleh mengurangkan risiko VAP.

Ciri-ciri kajian

Ulasan kajian ini dibuat melalui Kesihatan Oral Cochrane dan bukti adalah terkini sehingga 17 DIsember 2015.

Kami memasukkan 38 kajian tetapi hanya sedikit (13%) kajian dijalankan dan diterangkan dengan baik.

Semua kajian berlangsung di ICU hospital. Terdapat 6016 peserta yang dikumpulkan secara rawak untuk rawatan. Peserta adalah kritikal dan perlukan bantuan dari staf jururawat untuk penjagaan higin oral. Kebanyakan kajian melibatkan orang dewasa, namun terdapat peserta kanak-kanak dalam tiga kajian dan bayi baru lahir dalam satu kajian.

Kami mengasingkan kajian kepada empat perbandingan utama.

1. Ubat kumur mulut antiseptik klorheksidin atau gel berbanding plasebo (rawatan tanpa bahan aktif klorheksidin) atau penjagaan biasa (memberus gigi atau tidak memberus gigi).
2. Memberus gigi berbanding dengan tidak memberus gigi (dengan atau tanpa antiseptik)
3. Berus gigi berkuasa berbanding berus gigi manual
4. Larutan penjagaan oral dengan larutan-larutan lain.

Keputusan utama

Kami mendapati bukti berkualiti tinggi bahawa klorheksidin, sama ada sebagai ubat kumur mulut atau gel, mengurangkan risiko VAP daripada 25% kepada lebihkurang 19%. Untuk setiap 17 orang pengguna ventilator lebih dari 48 jam dalam rawatan rapi, penggunaan penjagaan higin oral dengan klorheksidin dapat mencegah seorang daripada mendapat VAP. Walaubagaimanapun, kami tidak mendapat bukti bahawa penjagaan higin oral dengan klorheksidin dapat mengubah bilangan pesakit yang mati di ICU, atau bilangan hari penggunaan ventilator mekanikal ataupun bilangan hari di ICU.

Kami hanya menpunyai bukti terhad tentang kesan memberus gigi (dengan atau tanpa antiseptik) dan penjagaan oral tanpa memberus gigi (dengan atau tanpa antiseptik) terhadapa risiko mendapat VAP. Tiga kajian menunjukkan bukti lemah tentang penguragan VAP denga ubat kumur mulut antiseptik iodin povidon berbanding plasebo/salina.Empat kajian menunjukkan bukti lemah pengurangan VAP dengan kumuran salina berbanding swab salina.

Tidak ada bukti yang mencukupi untuk mementukan sama ada intervensi yang dinilai dalam kajian-kajian tersebut berkait dengan sebarang kesan sampingan yang tidak diingini.

Kualiti bukti

Bukti yang diketengahkan adalah terhad kerana cara perlaksanaan dan laporan diragui. Hanya 13% kajian dilaksanakan dan diterangkan dengan baik. Untuk beberapa hasil, tiada cukup maklumat untuk membuat sebarang rumusan

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Melaka-Manipal Medical College). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save