Magnesium untuk pencegahan atau rawatan sindrom penarikan balik alkohol dalam kalangan orang dewasa

Sindrom penarikan balik alkohol (AWS) adalah satu set gejala yang dialami apabila seseorang mengurangkan atau berhenti minum arak selepas tempoh pengambilan alkohol yang berpanjangan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa AWS adalah berkaitan dengan tahap magnesium rendah di dalam darah. Disebabkan magnesium memainkan peranan dalam mengurangkan perasaan teruja dalam sistem saraf pusat, sesetengah penyelidik percaya bahawa tahap magnesium yang rendah boleh membuatkan sistem saraf pusat 'mudah teruja' dan boleh menyebabkan gejala AWS, antaranya tidur tidak lena, gegaran, kebimbangan, sakit kepala, peluh berlebihan dan pengurangan selera makan. Oleh sebab itu, banyak protokol rawatan AWS mengesyorkan supplemen magnesium.

Matlamat ulasan kami adalah untuk menentukan sama ada supplemen magnesium dapat menghalang atau merawat AWS dalam kalangan orang dewasa. Empat kajian dalam ulasan kami yang meliputi 317 peserta menunjukkan bahawa tidak ada bukti yang mencukupi tentang manfaat atau kemudaratan untuk mencegah atau merawat AWS dewasa menggunakan suplemen magnesium.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save