Teknik pembersihan saluran udara untuk penyakit pulmonari obstruktif kronik

Penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) adalah satu istilah umum untuk keadaan paru-paru kronik yang mempunyai ciri penghalangan aliran udara yang tidak boleh dibaik pulih sepenuhnya, seperti emfisema dan bronkitis yang kronik. Individu dengan COPD sering mengalami sesak nafas, batuk dan kahak yang mungkin menjadi lebih teruk semasa kejadian akut. Teknik-teknik pembersihan saluran udara (ACTs) adalah teknik yang bertujuan untuk membersihkan kahak dari paru-paru. Kegunaan ACTs untuk individu dengan suar akut COPD dan COPD stabil adalah sukar untuk dipastikan.

Ulasan ini terdiri daripada 28 kajian yang melibatkan 907 peserta, dengan kualiti bukti yang secara umumnya rendah. Melaksanakan ACTs semasa kejadian akut COPD mengurangkan kemungkinan untuk memerlukan bantuan mekanikal untuk bernafas, serta tempoh masa yang mana ia adalah diperlukan. Masa yang dihabiskan di hospital adalah sedikit berkurangan, tetapi terdapat sedikit bukti yang menunjukkan sebarang manfaat pada suar kelak atau kesihatan yang berkaitan dengan kualiti kehidupan. Melaksanakan ACTs semasa COPD stabil didapati tidak mempengaruhi kejadian akut atau dimasukkan ke hospital, namun ia boleh menambahbaik kesihatan yang berkaitan dengan kualiti kehidupan.

Teknik yang melibatkan pernafasan terhadap rintangan tekanan expiratory positif boleh memberikan kebaikan yang lebih baik daripada jenis ACTs yang lain. Kekurangan peristiwa buruk yang diperhatikan dalam ulasan ini mecadangkan bahawa ACTs adalah selamat untuk individu yang mempunyai COPD.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save