Menggunakan antibiotik secara sedutan bagi merawat jangkitan kuman paru paru yang menjadi teruk untuk sementara waktu di kalangan pengidap ‘cystic fibrosis’

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti bagi penyedutan antibiotik untuk merawat eksaserbasi (jangkitan berulang) jangkitan paru-paru di kalangan pengidap ‘cystic fibrosis’.

Latar belakang

‘Cystic fibrosis’ (CF) merupakan penyakit genetik yang serius, ia menyebabkan lendir atau cairan badan menjadi sangat melekit dibeberapa organ di dalam badan. Di dalam paru-paru, lendir melekit ini boleh membawa kepada jangkitan kuman yang berulang. Eksaserbasi atau jangkitan yang berulang menjadikan simptom-simptom CF menjadi lebih teruk. Antibiotik merupakan satu bahagian rawatan yang penting dan boleh diberikan melalui mulut, jarum ke dalam aliran darah atau melalui sedutan ubat. Kami ingin mengetahui adakah sedutan antibiotik menambahbaik kesihatan pengidap CF secara umum berbanding dengan kaedah-kaedah lain.

Ini mungkin bermakna penghidap CF mungkin dapat mengelak daripada rawatan dalam hospital untuk rawatan antibiotik dalam darah dan menghindari sesetengah kesan sampingan daripadanya. Sedutan antibiotik juga lebih mudah bagi pesakit yang mempunyai kesukaran untuk mengakses salur darah mereka. Ini merupakan versi ulasan yang telah dikemaskini.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 09 Oktober 2018.

Ciri-ciri kajian

Kami menemui empat kajian yang melibatkan 167 peserta, dua darinya membandingkan sedutan antibiotik sahaja berbanding rawatan antibiotik secara intravena (dalam darah) sahaja (77 peserta) dan dua yang membandingkan gabungan seedutan dan antibiotik secara intravena kepada antibiotik secara intravena sahaja (90 peserta) bagi merawat eksaserbasi di kalangan pengidap ‘cystic fibrosis’. Dalam semua kajian, sedutan antibiotik telah dibandingkan kepada antibiotik yang sama diberikan secara intravena. Bilangan peserta dalam setiap kajian adalah antara 18 hingga 62.

Keputusan-keputusan utama

Sedutan antibiotik sahaja berbanding antibiotik intravena sahaja

Satu kajian (18 peserta) melaporkan penambahbaikan yang dilihat secara mata kasar pada gaya hidup didalam kedua-dua kumpulan tetapi keduanya tidak melaporkan masa peserta tidak berkerja atau bersekolah. Kedua-dua kajian mengukur fungsi paru-paru, tetapi keduanya tidak melaporkan apa-apa perbezaan diantara kumpulan rawatan yang berbeza. Satu kajian (18 peserta) melaporkan tiada perbezaan yang memerlukan antibiotik tambahan dan kajian kedua (59 peserta) melaporkan masa ke eksaserbasi yang berikutnya - tidak ada perbezaan antara antibiotik sedutan atau intravena untuk mana-mana hasil. Hanya satu kajian (18 peserta) mengukur kejadian yang tidak diingini dan mikrobiologi kahak, tetapi tidak menemui apa-apa perbezaan antara rawatan untuk mana-mana hasil.

Sedutan antibiotik dicampur antibiotik intravena berbanding antibiotik intravena sahaja

Kedua-dua kajian tidak melaporkan kualiti kehidupan atau masa tidak berkerja atau bersekolah. Kedua-dua kajian melaporkan fungsi paru-paru, tetapi tidak menemui perbezaan antara kumpulan. Kedua-dua kajian tidak melaporkan keperluan antibiotik tambahan atau masa ke eksaserbasi yang berikutnya; bagaimanapun, satu kajian (28 peserta) melaporkan kemasukan ke hospital dan mendapati tiada perbezaan antara kumpulan. Kedua-dua kajian melaporkan tidak ada perbezaan antara kumpulan dalam kejadian yang tidak diingini dan satu kajian (62 peserta) melaporkan tidak ada perbezaan dalam kemunculan organisma yang mempunyai kerintangan antibiotik.

Kualiti bukti

Kami memberi gred sangat rendah ke atas kualiti bukti. Kami bimbang kerana tidak ada kajian yang menyatakan bagaimana peserta didiagnosis dengan CF atau bagaimana mereka mendefinasikan eksaserbasi. Adalah tidak mungkin untuk merahsiakan kumpulan rawatan daripada peserta kerana kajian membandingkan cara pemberian antibiotik yang berbeza dan kami berpendapat ini mungkin dapat mempengaruhi beberapa keputusan. Kami tidak pasti samada peserta ditempatkan ke dalam kumpulan-kumpulan yang berbeza secara rawak dan kami tidak tahu bagaimana ini mungkin menjejaskan keputusan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S. Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia).Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save