Felbamate sebagai satu terapi tambahan untuk sawan separa refraktori

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Soalan ulasan

Ulasan ini bertujuan untuk menilai sama ada felbamate mempunyai kesan ke atas penghidap epilepsi separa-permulaan refraktori apabila digunakan dengan ubat antiepileptik yang lain.

Latar belakang

Sehingga 30% penghidap epilepsi masih mengalami sawan epilepsi walaupun menggunakan pelbagai rawatan. Felbamate adalah ubat antiepileptik generasi kedua. Namun, adalah tidak jelas sama ada felbamate berkesan apabila digunakan dengan ubat-ubatan antiepileptik lain.

Ciri-ciri kajian

Kami telah menjalankan satu ulasan ke atas segala keterangan yang disediakan, bukti yang berkenaan terhadap kesan felbamate mengenai epilepsi apabila digunakan dengan ubat-ubatan antiepileptik lain. Ulasan ini mengkaji empat ujikaji rawak terkawal.

Keputusan utama

Kami mendapati tiada bukti yang jelas menunjukkan felbamate itu adalah lebih baik daripada plasebo dalam mengurangkan kekerapan sawan 50% atau lebih, atau mengurangkan kekerapan sawan. Di samping itu, tiada bukti yang jelas bahawa peserta dihentikan mengambil felbamate akibat kesan buruk yang tidak dapat ditanggung oleh peserta.

Kepastian bukti

Ia adalah penting untuk diketahui bahawa empat ujikaji dalam kajian ini adalah kecil dan kualiti keterangan adalah rendah. Bukti-bukti adalah terkini sehingga 20 Oktober 2016.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Share/Save