Dos tambahan untuk mencegah jangkitan hepatitis B

Latar belakang
Antibodi terhadap antigen permukaan hepatitis B (HBsAg) menjadi lemah dari masa ke masa berikutan imunisasi hepatitis B. Oleh itu, ia tidak jelas sama ada orang yang mendapat vaksinasi dalam jadual 3-dos atau 4-dos vaksin hepatitis B semasa vaksinasi primer mereka masih imun terhadap hepatitis B apabila tahap antibodi permukaan hepatitis B (anti-HBs) dalam badan mereka tidak dapat dikesan, atau lebih rendah daripada tahap yang biasanya dianggap sebagai terlindung. Soalan ini mungkin berpotensi dijawab secara tidak langsung dengan mengukur tindak-balas imun yang anamnestik terhadap dos tambahan vaksin yang diberi kepada orang-orang yang pernah mendapat imunisasi dengan vaksin hepatitis B.

Matlamat
Pengarang memilih untuk menilai manfaat dan kemudaratan dos tambahan vaksin hepatitis B, lebih daripada lima tahun selepas imunisasi primer.

Carian
Carian elektronik telah dijalankan sehingga Januari 2016.

Kriteria pemilihan
Kajian klinikal secara rawak mengkaji respons imun (iaitu cara badan anda mengenali dan mempertahankan badan daripada bakteria, virus, dan bahan-bahan yang kelihatan asing dan berbahaya kepada badan) kepada satu dos tambahan vaksin hepatitis B, lebih daripada lima tahun selepas vaksin primer dalam peserta yang nampaknya sihat, diberi vaksin dalam jadual tiga dos atau empat dos vaksin hepatitis B semasa vaksin primer mereka, tanpa menerima satu dos tambahan vaksin hepatitis B atau immunoglobulin.

Hasil utama dan kesimpulan
Kami tidak dapat mencari kajian klinikal secara rawak yang layak dimasukkan ke dalam ulasan ini. Tiada bukti saintifik, berdasarkan kajian klinikal rawak untuk menyokong atau menolak keperluan untuk dos tambahan vaksin hepatitis B dalam individu yang sihat dengan status imun yang normal. Kami memerlukan bukti, berdasarkan kajian klinikal rawak, untuk menggubal dasar-dasar dos tambahan vaksin pada masa akan datang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my.

Tools
Information