Perencat sistem renin-angiotensin berbanding jenis ubat lain untuk tekanan darah tinggi

Soalan ulasan

Penyelidik cuba menentukan cara perencat RAS (system renin angiotensin) dibandingkan sebagai ubat barisan pertama untuk merawat hipertensi dengan jenis ubat barisan pertama (thiazide diuretik, penghalang beta, CCB, penghalang alfa, atau sistem saraf pusat (CNS) yang aktif ubat) untuk tekanan darah tinggi.

Latar belakang

Hipertensi adalah keadaan perubatan jangkamasa lama dan dikaitkan dengan kematian kardiovaskular dan morbiditi seperti penyakit arteri koronari, penyakit serebrovaskular, dan penyakit vaskular periferi, yang akan mengurangkan kualiti hidup. Perencat RAS telah menjadi tumpuan intervensi untuk hipertensi pada tahun-tahun kebelakangan ini dan telah ditetapkan secara meluas untuk rawatan hipertensi. Walau bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada perencat RAS adalah lebih tinggi daripada ubat antihipertensi lain dari segi hasil klinikal yang berkaitan.

Tarikh carian

Kami mencari bukti sehingga November 2017.

Ciri-ciri kajian

Kami termasuk RCT reka bentuk rawak selari, rabun berganda, untuk kajian terkini. 45 kajian dengan 66,625 peserta yang disusuli antara 0.5 tahun dan 5.6 tahun dimasukkan. Kesemua peserta dengan purata umur 66 tahun.

Keputusan-keputusan utama

Kami mendapati bahawa perencat RAS barisan pertama menyebabkan lebih banyak kegagalan jantung dan strok daripada thiazid barisan pertama. Apabila dibandingkan dengan CCB barisan pertama, perencat RAS barisan pertama menunjukkan keunggulan dalam mencegah kegagalan jantung tetapi lebih rendah dalam mencegah strok, dengan pengurangan risiko mutlak yang lebih besar dalam kegagalan jantung daripada kenaikan kadar strok. Apabila dibandingkan dengan perencat beta barisan pertama, perencat RAS mengurangkan jumlah kejadian kardiovaskular dan strok. Perbezaan kecil terhadap keberkesanan untuk menurunkan tekanan darah telah dikesan, tetapi ini tidak sepertinya berkaitan dengan bilangan serangan jantung, strok atau masalah buah pinggang.

Kepastian bukti

Keseluruhannya, kepastian bukti dinilai rendah hingga sederhana menurut penilaian GRADE. Kepastian bukti yang sederhana menunjukkan keunggulan thiazide barisan pertama terhadap perencat RAS barisan pertama dalam mencegah kegagalan jantung dan strok. Kepastian bukti dinilai sederhana untuk perbandingan antara perencat RAS dan CCB. Kepastian bukti adalah rendah untuk perbandingan antara perencat RAS dan perencat beta pada keseluruhan kejadian kardiovaskular dan strok sejak keputusannya berdasarkan pada satu kajian besar dengan risiko berat sebelah sederhana hingga tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save