Satu ulasan ke atas cara penjagaan kesihatan yang profesional boleh meningkatkan penggunaan ubat-ubatan yang sesuai untuk orang tua

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Mengambil ubat-ubatan untuk merawat simptom penyakit kronik dan untuk mengelakkan penyakit menjadi semakin teruk adalah perkara biasa dalam orang yang lebih tua. Namun, mengambil terlalu banyak ubat-ubatan boleh menyebabkan kemudaratan. Ulasan ini mengkaji kajian-kajian berkenaan penjagaan kesihatan profesional yang telah mengambil tindakan untuk memastikan bahawa orang yang lebih tua akan menerima ubat-ubatan yang paling berkesan dan paling selamat untuk penyakit mereka. Tindakan-tindakan yang diambil termasuklah menyediakan penjagaan farmaseutikal, perkhidmatan yang disediakan oleh ahli farmasi yang melibatkan mengenalpasti, mencegah dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan ubat-ubatan, serta menggalakkan penggunaan ubat-ubatan dan menggalakkan promosi kesihatan dan pendidikan yang betul. Strategi lain ialah sokongan keputusan berkomputer, yang melibatkan satu program pada komputer doktor yang membantu beliau untuk memilih rawatan yang sesuai.

Ulasan ini menyediakan bukti yang terhad terhadap intervensi, seperti penjagaan farmaseutikal, mungkin berjaya dalam memastikan bahawa orang yang lebih tua akan menerima ubat-ubatan yang betul, tetapi ianya tidak jelas sama ada ini selalu menyebabkan penambahbaikan klinikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Share/Save