Ubat-ubatan untuk tekanan darah tinggi kanak-kanak

Hipertensi (tekanan darah tinggi) diketahui meningkatkan risiko penyakit jantung, strok dan kegagalan buah pinggang. Hipertensi semakin banyak dijumpai pada kanak-kanak. Sebilangan besar kanak-kanak dengan hipertensi memerlukan ubat untuk mengurangkan tekanan darah dan penggunaan ubat telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun yang lalu. 

Ulasan sistematik ini merangkumi 21 kajian, melibatkan 3454 kanak-kanak, yang menilai ubat yang berbeza untuk menurunkan tekanan darah di kalangan kanak-kanak dengan hipertensi. Bukti ini adalah terkini pada Oktober 2013. Kebanyakan kajian adalah tempoh yang sangat singkat dengan purata tujuh minggu. Kajian-kajian ini adalah kualiti yang berubah-ubah dan sebahagian besarnya dibiayai oleh industri. Tidak semua kajian membandingkan kesan pengambilan ubat terhadap penurunan tekanan darah kepada plasebo. Hanya beberapa kelas ubat-ubatan biasa yang telah ditetapkan dan kebanyakannya mempunyai kesan sederhana pada tekanan darah, tetapi tidak pasti sama ada keputusan ini meningkatkan hasil jangka panjang untuk kanak-kanak. Dos ubat yang lebih tinggi tidak menyebabkan pengurangan tekanan darah yang ketara. Semua ubat yang dikaji adalah selamat digunakan, sekurang-kurangnya dalam jangka pendek.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save