Sistem pemonitoran glukos berterusan bagi kencing manis jenis 1

Kencing manis jenis 1 adalah penyakit di mana pankreas telah hilang keupayaannya untuk menghasilkan insulin. Defisit insulin mengakibatkan peningkatan tahap glukosa darah, peningkatan tahap glukosa darah ini boleh mengakibatkan komplikasi yang boleh menjejaskan mata, buah pinggang, saraf dan jantung serta saluran darah. Memandangkan kencing manis jenis 1 tidak mempunyai penawar, pesakit-pesakit perlu kerap memeriksa tahap glukosa darah melalui cucukan di jari dan menggunakan nilai glukosa darah ini untuk menentukan dos-dos insulin mereka. Cucukan jari kerap dianggap sebagai rumit dan tidak selesa oleh pesakit-pesakit. Di samping itu, pengukuran daripada cucukan di jari hanya memberikan maklumat semasa pada ketika itu, yang demikian ianya adalah sukar untuk membezakan corak penurunan dalam peningkatan tahap glukosa darah.

Sistem pemonitoran glukosa berterusan (CGM) mengukur tahap glukosa darah separa berterusan. Kebanyakan sistem CGM moden mengandungi jarum kecil yang dimasukkan ke dalam lapisan lemak subkutaneous abdomen. Hujung jarum menempatkan sensor glukosa kecil yang boleh mengukur tahap glukosa dalam cecair yang menyaluti / mengelilingi tisu berlemak. Di sini kami mencari sama ada sistem CGM membantu pesakit untuk meningkatkan kualiti hidup dan kawalan kencing manis, yang mencerminkan keberkesanan rawatan pesakit kencing manis.

22 kajian telah dimasukkan dalam ulasan ini. Kajian-kajian ini membahagikan secara rawak 2883 pesakit kencing manis jenis 1 untuk menerima sejenis CGM atau menggunakan pengukuran sendiri glukosa darah (SMBG) melalui cucukan di jari. Tempoh susulan berbeza-beza di antara 3 dan 18 bulan; kebanyakan kajian melaporkan keputusan untuk enam bulan penggunaan CGM. Kajian ini menunjukkan CGM bantu dalam merendahkan nilai ‘glycosylated’ hemoglobin A1c (HbA1c) (satu ukuran kawalan glisemik). Dalam kebanyakan kajian nilai HbA1c menurun (menunjukkan penambahbaikan kawalan glycaemik) dalam kedua-dua CGM tersebut dan pengguna SMBG, tetapi lebih dalam kumpulan CGM. Perbezaan dalam perubahan tahap HbA1c antara kumpulan secara puratanya adalah 0.7% untuk pesakit-pesakit yang dimulakan dengan sebuah pam insulin yang diintegrasikan dengan CGM dan 0.2% untuk pesakit-pesakit yang bermula dengan CGM sahaja. Kejadian yang tidak diingini yang paling penting, hipoglisemia yang serius dan ketoasidosis tidak kerap berrlaku dalam kajian, dan bilangan mutlak adalah rendah (9% pesakit, diukur selama tempoh enam bulan). Komplikasi kencing manis, kematian daripada apa-apa sebab serta kos tidak diukur. Tiada data bagi wanita hamil yang mengidap kencing manis jenis 1 dan pesakit-pesakit kencing manis yang tidak peka mengenai hipoglisemia.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information