Terapi embolisasi untuk malformasi arteriovenous pulmonari

Soalan ulasan

Kami mengulas bukti tentang kesan menghalang saluran darah yang memberi penyuapan sambungan langsung yang tidak normal antara arteri dan vena pada orang yang mempunyai ini dalam paru-paru mereka.

Latar Belakang

Malformasi arteriovenous pulmonari adalah hubungan yang tidak normal antara arteri dan vena dalam paru-paru yang boleh menyebabkan komplikasi serius seperti strok, bisul otak, pendarahan dalam paru-paru dan oksigenasi yang lemah. Embolisasi adalah rawatan aliran utama untuk malformasi arteriovenous pulmonari. Semasa prosedur, peranti belon atau gegelung embolisasi (atau kedua-duanya digabungkan) digunakan untuk menyekat penyuapan arteri atau arteri kepada malformasi. Malformasi ini sering kali menjadi kecil, berbilang dan tersebar luas, jadi bukan semuanya sesuai untuk rawatan embolisme.

Ini adalah kemaskini bagi ulasan terbitan terdahulu.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 10 April 2017.

Ciri-ciri kajian

Dalam ulasan sistematik ini, kami tidak memasukkan sebarang kajian rawak terkawal embolisasi berbanding dengan pembedahan atau membandingkan peranti embolisasi yang berbeza. Kami telah mengenal pasti satu kajian yang sedang dijalankan yang membandingkan dua peranti embolisasi yang berbeza yang mungkin layak untuk dimasukkan ke dalam ulasan apabila ia selesai.

Keputusan Utama

Walaupun tiada kajian rawak terkawal untuk rawatan ini dimasukkan ke dalam ulasan ini, tetapi beberapa kajian pemerhatian telah mencadangkan terapi embolisasi mempunyai faedah. Namun demikian, kajian rawak terkawal tidak semestinya sesuai dengan etika. Dalam ketiadaan kajian rawak terkawal, pendekatan piawaian untuk pelaporan, serta tindak susulan jangka panjang melalui kajian pendaftaran dapat membantu meningkatkan keselamatan dan hasil embolisasi untuk malformasi arteriovenous pulmonari.

Kualiti bukti

Kami tidak dapat mengemukakan sebarang bukti daripada kajian rawak terkawal dalam versi ulasan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save