Penggunaan e-mel di antara profesional perubatan sebagai cara perhubungan dikalangan mereka.

E-mel merupakan kaedah komunikasi yang popular tetapi ia tidak kerap digunakan dalam bidang kesihatan. Kami mahu mengetahui bagaimana penggunaan e-mel di kalangan profesional kesihatan untuk berkomunikasi antara satu sama lain mungkin memberi kesan terhadap para pesakit, profesional kesihatan dan perkhidmatan kesihatan. Kami juga berminat untuk mengetahui bagaimana ia boleh digunakan dalam sistem kesihatan.

Pada ulasan ini, kami mendapati hanya ada satu kajian yang memberi tumpuan terhadap kesan daripada para profesional menggunakan emel untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Kajian ini melibatkan 327 pesakit dan 159 kakitangan kesihatan, dan membandingkan peringatan emel kepada pakar perubatan berbanding dengan kaedah biasa yang digunakan . Ia mendapati bahawa pakar perubatan yang menerima peringatan emel lebih cenderung untuk memberi rawatan osteoporosis mengikut garis panduan yang dicadangkan berbanding mereka yang tidak menerima peringatan emel, dan perkara ini berkemungkinan atau tidak meningkatan kualiti penjagaan pesakit. Kami tidak dapat menilai kesannya terhadap tingkah laku atau tindakan pesakit dengan tepat kerana keputusan yang tidak seragam. Kajian ini tidak menilai bagaimana emel memberi kesan ke atas perkhidmatan kesihatan, atau sama ada e-mel boleh menyebabkan kemudaratan. Bukti adalah daripada Ogos 2013 sehingga sekarang.

Kerana terdapat kekurangan bukti untuk menilai kesan para profesional kesihatan menggunakan e-mel untuk berkomunikasi antara satu sama lain, kajian berkualiti tinggi diperlukan untuk menilai penggunaan e-mel untuk tujuan ini. Kajian pada masa hadapan harus menilai kos menggunakan e-mel dan mengambil kira perubahan teknologi yang berterusan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Syafiqa M Saleh. Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi syafiqa.saleh@gmail.com.

Tools
Information