Vaksinasi Hepatitis B semasa kehamilan untuk mencegah jangkitan kepada bayi

Hepatitis B adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus hepatitis B dan berlaku di seluruh dunia. Untuk bayi dan kanak-kanak, dua sumber utama jangkitan adalah transmisi dari ibu yang berjangkit atau dari rumah dan ahlinya yang terjangkit. Transmisi perinatal adalah perkara biasa di kawasan endemik (penyakit yang biasa terdapat di kawasan yang khusus). Vaksin Hepatitis B boleh didapati dan memerlukan satu siri tiga dos selama enam bulan. Kesan-kesan sampingan yang paling biasa ialah sakit di tapak suntikan dan demam ringan hingga demam. Imunisasi hepatitis B kepada ibu boleh menjadi satu cara untuk mencegah jangkitan hepatitis B pada bayi sebelum administrasi vaksin hepatitis B dan memberi perlindungan kepada bayi. Bayi yang dijangkitit virus hepatitis B lebih cenderung untuk mengalami komplikasi seperti jangkitan kronik, sirosis atau kanser hati (karsinoma hepatocellular). Ulasan ini tidak mendapati sebarang bukti dari kajian terkawal rawak mengenai kesan vaksin hepatitis B untuk mencegah jangkitan kepada bayi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Foo Sook Lee (Penang Medical College). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hospital Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi fslee@pmc.edu.my.

Tools
Information