Kerjasama antara agensi-agensi kesihatan tempatan dan kerajaan tempatan untuk penambahbaikan kesihatan

Sejak 1980an, pertubuhan-pertubuhan kesihatan kebangsaan dan antarabangsa telah menggalakkan kerjasama antara pihak kesihatan dan perkhidmatan awam yang lain di peringkat tempatan untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk. Sorotan ini mencari bukti sama ada kerjasama berjalan atau tidak berjalan jika dibandingkan dengan perkhidmatan standard.

Dalam dua kajian yang berkualiti tinggi yang telah dikenalpasti, satu kajian menunjukkan tiada bukti bahawa kerjasama antara perkhidmatan tempatan meningkatkan tahap kesihatan manakala satu kajian lagi menunjukkan peningkatan yang sederhana di sesetengah kawasan. Dalam kajian yang lain, di mana manfaat kesihatan telah dilaporkan, hasil adalah selalunya sederhana, tidak konsisten dengan penemuan lain dan berkemungkinan hasil daripada dana atau sumber tambahan. Dua daripada tiga kajian yang melihat pada perubahan persekitaran melaporkan beberapa manfaat kesihatan.

Dapatan ini menunjukkan bahawa secara umumnya apabila kerjasama antara agensi kerajaan dan kesihatan tempatan dibandingkan dengan susunan kerja yang standard, tidak terdapat perbezaan dalam hasil kesihatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Teoh Ru Jian Jonathan (Penang Medical College). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi jonathanteoh_c2017@ms.pmc.edu.my. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save