Penggunaan bahan antibakteria dalam tampalan berasaskan resin untuk mencegah pembentukan kerosakan gigi lanjutan (di sebelah tampalan) selepas rawatan.

Soalan ulasan

Soalan utama yang ingin dijawab dalam ulasan ini adalah berkesankah penggunaan agen antibakteria dalam tampalan komposit (berasaskan resin, sewarna gigi) untuk mencegah kerosakan berterusan sama ada di bawah atau bersebelahan tampalan (karies sekunder)

Latar belakang

Apabila kerosakan gigi (karies) menyebabkan pembentukan kaviti pada gigi, pelbagai bahan boleh digunakan sebagai tampalan. Ini termasuklah resin komposit, simen ionomer kaca, amalgam dan kompomer. Kerosakan gigi yang boleh terbentuk bersebelahan atau di bawah sesuatu tampalan, adalah menjadi perhatian utama dalam amalan pergigian dan ia boleh mengurangkan jangka hayat tampalan-tampalan tersebut. Penambahan bahan yang boleh membunuh atau mencegah pertumbuhan bakteria (juga dipanggil agen antibakteria) ke dalam tampalan pergigian, misalnya resin komposit, mungkin boleh mencegah pembentukan karies sekunder.

Ciri kajian

Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane membuat ulasan kajian sedia ada dan bukti adalah terkini sehingga 23 Julai 2013.

Para penulis ulasan tidak menjumpai sebarang kajian untuk menyokong atau menyangkal keberkesanan agen antibakteria yang dimasukkan ke dalam tampalan untuk mencegah kerosakan gigi.

Keputusan utama

Tidak ada kajian yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini.

Kualiti bukti.

Pada masa kini tidak terdapat sebarang bukti untuk menyokong penggunaan bahan tampalan yang mengandungi agen antibakteria.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save