Prostacyclin dalam bentuk gas aerosol dalam pengurusan Sindrom Sukar Bernafas Akut (ARDS)

Latar belakang

Sindrom Sukar Bernafas Akut (ARDS) menyebabkan tahap oksigen di dalam darah menjadi rendah dan boleh terjadi apabila cecair terkumpul di dalam paru-paru akibat radang. Kecederaan secara langsung atau tidak langsung kepada paru-paru boleh menyebabkan ARDS dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Kecederaan tersebut termasuk sepsis (keadaan yang serius di mana badan bertindak balas kepada jangkitan dengan mencederakan tisu-tisu dan organ-organ sendiri), jangkitan virus, kecederaan kebakaran, transfusi darah dalam skala besar-besaran, trauma berbilang, penyedutan kandungan perut ke dalam sistem pernafasan, radang pankreas, kecederaan inhalasi, terlebih dos dadah dan lemas. ARDS merupakan penyebab utama kematian orang-orang yang mengalami penyakit yang kritikal.

Prostacyclin boleh diberi dalam bentuk gas aerosol kepada orang dewasa ataupun kanak-kanak yang sakit kritikal dengan ARDS untuk meningkatkan tahap oksigen dalam darah dan meningkatkan kelangsungan hidup. Ianya prostaglandin semulajadi yang melebarkan salur darah, menghentikan darah kuning dari pembekuan (anti-pletlet pengagregatan) dan mempunyai sifat-sifat anti-radang dalam paru-paru.

Ciri-ciri kajian

Ulasan ini telah dikemaskini pada tahun 2017. Kami telah mnyertakan dua kajian rawak terkawal (RCT; kajian klinkal di mana peserta dimasukkan secara rawak ke dalam salah satu daripada dua atau lebih kumpulan rawatan), satu melibatkan 14 orang kanak-kanak sakit kritikal yang mengalami penyakit ARDS dan satu lagi melibatkan 67 orang dewasa yang sakit kritikal yang mengalami penyakit ARDS. Kajian-kajian tersebut tidak mengukur keterukan penyakit, pembaik-pulihan disfungsi organ, tempoh tinggal di dalam unit rawatan rapi atau hospital, dan kualiti hidup. Penulis kajian tidak melaporkan kesan-kesan sampingan seperti pendarahan, disfungsi organ, kereaktifan salur pernafasan atau kesan-kesan sampingan yang tidak berkaitan dengan intervensi.

Sumber pembiayaan kajian

Kajian-kajian yang termasuk tidak melaporkan penerimaan pembiayaan daripada syarikat-syarikat perubatan.

Keputusan-keputusan utama

Hanya RCT yang melibatkan kanak-kanak menyediakan data mengenai kematian dan data tersebut menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang jelas sama ada prostacyclin digunakan.

RCT yang melibatkan orang dewasa melaporkan trend ke arah pembaikan tahap oksigen dalam darah dalam kalangan pesakit yang dirawat dengan alprostadil (prostaglandin E1).

Oleh itu, kami tidak dapat mengenalpasti manfaat yang nyata dengan penggunaan gas aerosol prostacyclin untuk merawat kanak-kanak atau orang dewasa yang sakit kritikal dengan tahap-tahap oksigen darah rendah.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah sangat rendah disebabkan oleh bilangan pesakit yang terhad and reka bentuk kajian yang tidak baik. RCT yang melibatkan kanak-kanak telah menggunakan reka bentuk "cross-over" di mana satu kumpulan menerima gas aerosol prostacyclin dahulu and satu lagi kumpulan menerima "saline" (cecair garam). Mereka kemudiannya ditukarkan kepada rawatan yang lain secara berselang seli. Kedua-dua kajian tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang kesan sampingan dalam bentuk kadar kematian.

Kami membuat kesimpulan bahawa satu kajian klinikal dalam skala besar dengan risiko rendah maklumat yang mengelirukan adalah diperlukan untuk menyiasat kebaikan dan kemudaratan penggunaan prostacyclin untuk merawat pesakit-pesakit kritikal.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Xiu Xin Teng (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi xiuxin_c2017@ms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save