Susu ibu pramasa tersimpan berbanding susu ibu cukup masa tersimpan untuk menggalakkan tumbesaran dan perkembangan bayi berat lahir amat rendah

Soalan ulasan
Apabila susu ibu tidak boleh didapati atau tidak cukup, adakah memberi susu pramasa tersimpan dari penderma berbanding susu dari penderma yang cukup masa memperbaiki pertumbuhan dan hasil perkembangan saraf dalam kalangan bayi berat lahir sangat rendah?

Latar belakang
Susu penderma yang diproses oleh bank susu telah digunakan untuk menyediakan bayi pramasa susu ibu apabila terdapat keadaan yang menghalang penggunaan susu ibu kandung. Susu ibu pramasa berbeza dengan susu ibu yang cukup masa. Proses menyediakan susu penderma, termasuklah pembekuan, pencairan dan pempasteuran mempunyai kesan buruk terhadap aspek nutrisi dan bukan nutrisi susu penderma. Susu penderma adalah mahal. Kami ingin menentukan sama ada manfaat susu penderma pramasa lebih baik berbanding susu penderma yang cukup masa, sama ada sebagai diet tunggal, atau sebagai tambahan kepada susu ibu sendiri.

Ciri-ciri kajian
Kami tidak dapat mengenal pasti sebarang kajian yang membandingkan susu pramasa penderma berbanding susu penderma yang cukup masa untuk menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan bayi berat lahir sangat rendah. Bukti adalah terkini sehingga Oktober 2018.

Keputusan utama
Kami tidak dapat menyimpulkan susu penderma pramasa adalah lebih baik berbanding susu penderma yang cukup masa kerana tiada bukti untuk menyokong atau menyangkal soalan ini. Walau bagaimanapun, kekurangan kajian yang dikenal pasti di dalam ulasan asal dan ulasan kemas kini ini bermakna adalah sangat tidak mungkin sebarang kajian akan dilakukan pada masa depan.

Kualiti bukti
Tiada kajian-kajian untuk menilai kualiti bukti.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Solihin Zahari (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi solihin@pms.pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save