Nasihat untuk berehat di atas katil berbanding dengan nasihat untuk terus aktif bagi pengidap sakit belakang bawah dan kesakitan sciatica

Kesakitan belakang bawah (LBP) ialah salah satu gejala yang paling biasa yang diurus dalam penjagaan primer dan penyebab utama dalam ketidakhadiran kerja dan persaraan yang awal. Individu, keluarga dan masyarakat telah menanggung sebahagian bebananya.

Ramai orang dapat mengurangkan kesakitan belakang bawah dan sciatica (sakit belakang dan kaki) dengan berbaring. Hal ini berterusan sehingga lewat tahun 1990-an, di mana nasihat untuk 'bertenang dan jangan bimbang' dan 'berehat' ialah pendekatan rawatan yang biasa. Terdapat pelbagai jenis sifat sebenar 'rehat', tetapi hal ini selalunya bermaksud berbaring di tempat tidur sepanjang masa, hanya berjalan ke bilik mandi dan kadang-kadang ke dapur.

Walau bagaimanapun, ketika milenium telah berlalu, hal ini menjadi jelas bahawa tempoh perbaringan di katil yang berlanjutan berpotensi untuk membahayakan badan kerana aktiviti ini boleh membawa kepada kemerosotan fungsi otot dan badan.

Kajian ini ialah keputusan daripada gabungan dua ulasan sebelum ini: Rehat di tempat tidur bagi kesakitan belakang bawah dan sciatica dan nasihat untuk terus aktif sebagai rawatan utama untuk perawatan sakit belakang bawah dan sciatica dan juga pembaharuan berkaitan maklumat kajian. Tiada ujian rawak baru yang dapat dikenalpasti.

Kajian yang digabungkan dan diperbaharui ini termasuk 10 percubaan rawak (N = 1923). Hal ini menilai kesan tentang nasihat yang diberikan kepada individu yang mengalami kesakitan belakang bawah yang tidak begitu kronik (kesakitan berterusan bagi tempoh kerang dari 6 minggu) dengan ataupun degan tidak menghadapi sciatica untuk berehat di tempat tidur ataupun tetap aktif.

Bukti kualiti yang sederhana menunjukkan bahawa pesakit yang mengalami LBP yang tidak begitu kronik mungkin mengalami penambahbaikan yang kecil dalam pengurangan sakit dan keupayaan untuk melakukan aktiviti harian jika mereka menerima nasihat untuk tetap aktif berbanding dengan nasihat untuk berehat di tempat tidur. Walau bagaimanapun, pesakit dengan sciatica telah mengalami kesakitan secara sedikit ataupun tiada perbezaan antara kedua-dua pendekatan tersebut. Kajian lanjut mungkin dapat memainkan peranan yang penting dalam peningkatan keyakinan terhadap penganggaran kesan dan perubahan penganggaran.

Bukti kualiti yang rendah mencadangkan bahawa pesakit yang mengalami sciatica atau tanpa sciatica menghadapi kesakitan secara sedikit ataupun tidak dari segi rasa sakit atau fungsi badan. Hal ini tidak kira sama ada mereka menerima nasihat untuk tetap aktif, berlatih atau menjalani fisioterapi. Kemungkianan besar kajian lanjutan membawa kepada kesan yang penting dalam penganggaran kesan dan kemungkinan besar akan mengubah keyakinan kami dalam penganggaran tersebut.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Zi Yan Chiah (RCSI & UCD Malaysia Campus).Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi (Chris_ZY@live.com

Tools
Information