Strategi gabungan untuk mengelakkan ulser kaki dalam kalangan pesakit diabetes

Ulser kaki (luka terbuka) adalah lazim dalam kalangan pesakit diabetes melitus (jenis 1 dan jenis 2), terutamanya mereka yang bermasalah dalam saraf (neuropati periferal), bekalan darah ke kaki (penyakit vaskular periferal), atau kedua-duanya. Orang yang mempunyai ulser akibat diabetes kadangkala memerlukan amputasi (pembedahan pembuangan sebahagian daripada anggota). Ulser kaki bukan sahaja menyebabkan kecacatan fizikal dan kehilangan kualiti hidup tetapi juga beban ekonomi (kos penjagaan kesihatan, ketakupayaan industri). Oleh itu, matlamatnya adalah untuk mencegah ulser kaki terjadi, sebagai contoh, dengan menunjukkan pesakit diabetes bagaimana menjaga kaki mereka atau dengan meminta doktor memeriksa kaki pesakit mereka lebih kerap. Keputusan strategi pencegahan tunggal sahaja setakat ini adalah mengecewakan, oleh itu dalam amalan klinikal, intervensi pencegahan yang ditujukan kepada pesakit, penyedia penjagaan kesihatan dan/atau struktur penjagaan kesihatan digabungkan. Dalam ulasan kajian kompleks ini, internvesi pencegahan, kami mendapati bukti yang tidak cukup bahawa pendekatan gabungan lebih berkesan dalam mengurangkan masalah kaki.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information