Aromaterapi untuk merawat loya dan muntah selepas pembedahan

Soalan ulasan

Ulasan ini bertujuan untuk menilai kesan aromaterapi pada keterukan dan tempoh loya dan muntah yang dialami oleh sesetengah orang selepas pembedahan.

Latar Belakang

Loya dan muntah selepas pembedahan (PONV) adalah kesan sampingan yang biasa selepas pembedahan, sehingga satu pertiga daripada semua pesakit mengalami loya dan muntah yang teruk selepas bius am menggunakan ubat bius yang disedut. Loya adalah ketidakselesaan perut atau mual yang mungkin disertai dengan muntah. Rawatan farmaseutikal terkini tidak selalu berfungsi dengan berkesan untuk orang atau mereka mungkin mempunyai kesan buruk yang tidak menyenangkan. Aromaterapi melibatkan penyedutan wap minyak pati atau bahan lain untuk merawat atau meringankan gejala fizikal dan emosi. Aromaterapi kadang-kadang disyorkan untuk merawat loya dan muntah, walaupun pada masa ini tiada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan ia berkesan. Ulasan ini adalah kemas kini ulasan yang diterbitkan sebelum ini pada tahun 2012.

Ciri-ciri kajian

Kami mengkaji sejumlah 16 kajian klinikal terkawal yang dikendalikan menggunakan aromaterapi untuk PONV dengan sejumlah 1036 peserta (tujuh kajian baru dari carian pada tahun 2017 telah ditambah kepada sembilan kajian dari ulasan asal). Para peserta adalah orang dewasa kecuali dua kajian pada kanak-kanak. Kajian menggunakan aromaterapi pada aduan loya pertama dalam tempoh terdekat selepas pembedahan dan mengukur loya selama dua hari. Bahan aromaterapi yang digunakan adalah isopropil alkohol (alkohol gosok), minyak daun padina, halia, atau campuran yang termasuk halia, daun mint, daun pudina dan kapulaga; atau minyak lavender, daun pudina, halia, dan daun mint.

Kajian itu membandingkan aromaterapi dengan plasebo saline atau air, pernafasan yang dikawal, bahan aromaterapi lain, ubat anti-loya, atau gabungannya, dengan beberapa kajian yang mempunyai sehingga empat kumpulan.

Keputusan utama

Secara keseluruhannya, aromaterapi tidak berkesan dalam mengurangkan keterukan loya lebih daripada tiga minit selepas rawatan berbanding dengan plasebo pernafasan terkawal, air atau saline (6 kajian dengan 241 peserta) tetapi lebih ramai peserta yang menerima aromaterapi adalah tanpa loya pada akhir rawatan (4 kajian, 193 peserta) dan kurang peserta yang menerima aromaterapi memerlukan ubat anti loya (7 kajian dengan 609 peserta).

Minyak Daun Padina tidak menunjukkan kesan ke atas keterukan loya pada lima minit selepas rawatan (4 kajian, 115 peserta).

Kami tidak dapat mengumpulkan data untuk perbandingan isopropil alkohol pada ubat-ubatan perencat loya piawaian untuk keterukan loya. Dari segi tempoh loya, masa untuk 50% gejala penyembuhan adalah lebih cepat dengan wap isopropil alkohol daripada antiemetik piawaian (ondansetron dan promethazine) (3 kajian, 176 peserta). Aromaterapi yang menggunakan penyedutan wap isopropil alkohol menyediakan pelega loya dalam jangka pendek loya dan mengurangkan keperluan ubat anti-loya (4 kajian, 215 peserta). Kepuasan pesakit dengan aromaterapi muncul tinggi dalam empat kajian yang mengukur hasil ini.

Kurang peserta mendapat aromaterapi isopropil alkohol memerlukan ubat bantuan anti-loya berbanding dengan mereka yang menerima saline (4 kajian, 291 peserta). Peserta yang menerima aromaterapi tidak lebih cenderung bebas daripada loya pada akhir tempoh rawatan tetapi mereka kurang berkemungkinan memerlukan bantuan ubat anti-loya.

Semua peserta dalam kajian-kajian ini (kumpulan rawatan dan perbandingan) melaporkan tahap kepuasan yang tinggi, mungkin menunjukkan peningkatan perhatian terhadap penjagaan loya dan muntah selepas pembedahan meningkatkan kepuasan yang lebih baik dengan penjagaan mereka. Aromaterapi boleh memberikan pilihan terapeutik yang berguna, terutamanya apabila alternatif itu adalah tanpa rawatan sama sekali.

Tiada kajian melaporkan kesan buruk dari aromaterapi yang digunakan.

Kualiti bukti

Secara keseluruhannya kualiti bukti adalah dari sederhana hingga sangat rendah, seperti yang dinilai oleh GRADE. Terdapat risiko berat sebelah yang tinggi disebabkan oleh reka bentuk beberapa kajian. Kajian yang disertakan terdiri daripada 12 kajian rawak terkawal dan 4 kajian klinikal terkawal di mana para peserta tidak secara rawak ditugaskan untuk kumpulan rawatan. Dalam kebanyakan kajian, peserta dan penyelidik menyedari tentang peruntukan kumpulan dan ini mungkin mempunyai pengaruh terhadap keputusan. Bau yang kuat yang terlibat bermakna bahawa aromaterapi adalah intervensi yang sukar untuk menyembunyikan dari para peserta, kakitangan penyelidik dan mereka yang menilai hasil. Perbandingan yang berbeza, titik masa dan skala pengukuran mengehadkan data yang boleh dikumpulkan. Sesetengah data dinyatakan sebagai skala dan langkah yang standard, yang membolehkan pengumpulan keputusan dalam meta-analisis. Data tidak lengkap untuk kesan lebih lama daripada 60 minit.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (Hospital Serdang). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save