Rawatan antibiotik jangka pendek berbanding jangka panjang untuk pneumonia yang diperolehi daripada hospital pada pesakit rawatan rapi dewasa

Ulasan soalan
Kami mengkaji bukti dari ujian terkawal secara rawak (RCTs) yang membandingkan kesan antibiotik jangka pendek dengan jangka panjang untuk pesakit rawatan rapi dengan pneumonia yang diperoleh daripada hospital (HAP).

Latar belakang
Radang paru-paru yang diperolehi daripada hospital adalah punca utama jangkitan yang diperoleh daripada hospital di unit rawatan rapi (ICU). Terdapat beberapa faktor yang membuat pesakit tenat (kritikal) lebih cenderung untuk mendapat radang paru-paru, antaranya yang paling penting adalah intubasi trakea yang dilakukan bersempena pengudaraan mekanikal; Oleh itu, kebanyakkan pesakit ICU dengan HAP mempunyai apa yang disebut sebagai pneumonia berkaitan ventilator (VAP).

Terdapat kebimbangan bahawa terapi antibiotik jangka panjang yang tidak perlu boleh membawa kepada pesakit yang memperoleh organisma kebal terhadap antibiotik, yang mungkin lebih sukar untuk mengenali dan merawat apabila mereka menyebabkan jangkitan dan boleh meningkatkan kos ubat. Sebaliknya, tempoh terlalu singkat berisiko gagal.rawatan.

Ciri-ciri kajian
Bukti terkini adalah sehingga Jun 2015. Kami mengenal pasti enam RCTs, yang telah mendaftarkan 1088 pesakit. Kajian ini mengambil pendekatan yang agak berbeza terhadap penyiasatan mereka, dan kami mendapati hanya satu kajian yang telah meneroka tempoh terapi antibiotik untuk pesakit ICU yang mempunyai HAP, tetapi tidak mempunyai pengudaraan secara mekanik.

Keputusan utama
Bagi pesakit dengan VAP, penemuan utama kami adalah bahawa tempoh antibiotik tujuh atau lapan hari dikaitkan dengan penurunan keseluruhan dalam pentadbiran antibiotik dan mengurangkan pengulangan pneumonia yang disebabkan oleh organisma yang tahan jika dibandingkan dengan tempoh 10 hingga 15 hari. Tambahan lagi, ini dicapai tanpa sebarang kesan penting ke atas kematian. Walau bagaimanapun, dalam kes apabila VAP adalah disebabkan oleh sejenis organisma yang tertentu ('non-fermenting Gram-negative bacillus'), yang boleh menjadi sukar untuk dimbasmikan dengan antibiotik, risiko pneumonia berulang muncul lebih tinggi selepas rawatan jangka pendek.

Satu kajian mendapati bahawa bagi pesakit HAP yang mungkin (tetapi kebarangkalian rendah) yang mengambil terapi jangka pendek (tiga hari) seolah-olah dikaitkan dengan peluang yang lebih rendah untuk mendapatkan organisma tahan atau jangkitan seterusnya disebabkan oleh organisma tahan.

Kualiti bukti
Kualiti bukti untuk langkah-langkah hasil utama adalah rendah hingga sederhana. Sebab-sebab utama kualiti tidak tinggi adalah hanya sedikit kajian yang telah dikenal pasti, dan terdapat perbezaan dalam populasi pesakit, dengan cara intervensi antara kajian dan hasil yang dilaporkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Mohd. Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save