Rubefacients yang disapukan pada tempat kesakitan otot dan tulang akut dan kronik dalam kalangan dewasa

Satu ulasan yang baharu berkenaan rubefacients bagi sakit yang kronik dan akut telah ditemui, asalnya diterbitkan pada 2009 yang merangkumi satu kajian yang baharu.

Ubat topical merupakan ubat yang disapukan pada permukaan badan seperti kulit-kulit badan dalam merawati penyakit. Produk topical boleh dipaparkan dalam bentuk krim, busa, gel, losyen, dan salap Produk topical boleh merangkumi pelbagai jenis ubat-ubatan yang besar.

Rubefacients ialah ubat-ubatan yang menyebabkan kerengsaan dan kemerahan kulit sebagai akibat aliran darah yang bertambah. Ubat-ubatan ini dipercayai dapat mengurangkan kesakitan dalam pelbagai keadaan otot dan tulang yang diberi preskripsi atau dibeli di kaunter. Salicylate merupakan salah satu jenis rubefaciant yang biasanya diggunakan.

Ulasan kajian ini mencari bukti tentang kegunaan rubefacial topikal yang mengandungi salicylate dari kajian rawak dan kajian butaan berganda Kajian-kajian ini melibatkan pesakit-pesakit yang menghadapi keadaan sakit yang tidak begitu serius seperti ketegangan dan keseliuhan, ataupun keadaan sakit yang kronik seperti osteoartritis. Kami ingin mengetahui sama ada rubefacium topikal yang mengandungi salicylate dapat mengurangkan kesakitan

Bukti bagi rubefacients topikal yang mengandungi salicylate adalah terhad daripada aspek kualiti, kesahihan dan saiz kajian yang terkini. Bagi kedua-dua keadaan sakit yang tidak begitu serius dan kronik, kajian yang asal dan lebih kecil bagi saiznya telah menunjukkan bukti-bukti keberkesanan penggunaan ubat tersebut, sementara kajian yang lebih besar dan lebih baru tidak menunjukkan mana-mana keberkesanan penggunaan ubat. Tiada bukti yang baik yang dapat menunjukkan bahawa rubefacium topikal yang mengandungi salicylate dapat mengurangkan kesakitan

Nota terjemahan: 

.Diterjemahkan oleh Chiah Zi Yan (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi Chris_ZY@live.com

Tools
Information