Langkau ke kandungan utama

Rawatan ubatan untuk kemurungan dalam sklerosis berbilang

Ramai pesakit dengan sklerosis berbilang (MS) mengalami kemurungan. Dalam ulasan ini, kami meringkaskan kajian berkaitan rawatan ubat antidepresan pada pesakit dengan MS. Kami menemui dua kajian yang memenuhi kriteria kemasukan kualiti metodologi, yang terdiri daripada sejumlah 70 peserta: satu (28 peserta) melaporkan kesan desipramine, satu lagi (42 peserta) melaporkan kesan paroxetine. Kedua-dua kajian menunjukkan tiada peningkatan pada kemurungan dengan kedua-dua rawatan dalam jangka masa pendek (lima/dua belas minggu). Kesan buruk, seperti loya atau sakit kepala kerap berlaku. Kajian lanjut mengenai rawatan ubat kemurungan dalam MS dengan tempoh yang lebih lama jelas diperlukan, kerana hasilnya mungkin boleh dipengaruhi oleh saiz peserta yang kecil dan oleh sebab bahawa ramai peserta tidak menghabiskan kajian.

Nota terjemahan

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Syed Amirfaiz (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia).

Petikan
Koch MW, Glazenborg A, Uyttenboogaart M, Mostert J, De Keyser J. Pharmacologic treatment of depression in multiple sclerosis. Cochrane Database of Systematic Reviews 2011, Issue 2. Art. No.: CD007295. DOI: 10.1002/14651858.CD007295.pub2.