Terapi dilator vagina untuk wanita yang menerima radioterapi pelvis

Latar belakang

Radioterapi pelvis untuk ginekologi (rahim, pangkal rahim, vagina) dan kanser anorektal boleh merosakkan vagina. Ia boleh mengakibatkan vagina mengecil dan boleh membuat sisi-sisi vagina melekat bersama. Telah menjadi amalan yang diterimapakai untuk mengesyorkan dilatasi vagina berkala selepas radioterapi untuk mengurangkan atau mencegah risiko ini. Dilatasi vagina melibatkan kemasukan dan pemutaran aplians berbentuk falus (zakar) di dalam vagina kira-kira tiga kali seminggu selama lima minit untuk meregangkan kulit.

Soalan ulasan

Ulasan kemaskini ini menilai semula semua literatur dan memperoleh semua data sedia ada tentang topik ini untuk melihat adakah sebarang bukti untuk menyokong dilatasi vagina selepas radioterapi pelvis.

Penemuan-penemuan utama

Wanita yang ingin mengekalkan panjang vagina mereka selepas radioterapi harus mempertimbangkan dilatasi. Terdapat data terhad dari kajian-kajian pemerhatian yang mencadangkan peregangan vagina berkala, setelah rawatan radioterapi selesai, dapat sedikit mengurangkan risiko parut. Tiada bukti untuk menyokong terapi dilatasi semasa radioterapi. Terdapat juga kes-kes laporan dan satu siri kes yang mencadangkan dilatasi vagina selama berbulan atau bertahun selepas radioterapi dapat membantu memulihkan panjang vagina.

Kualiti bukti

Kajian reka bentuk rawak tidak, dan tidak mungkin mendapat bukti berkualiti tinggi untuk menilai terapi dilatasi vagina. Kajian-kajian sedia ada mencadangkan tetapi tidak dapat membuktikan, dilatasi vagina berkesan. Walau bagaimanapun, ini hanya berlaku apabila radioterapi telah selesai. Terdapat korelasi antara dilatasi vagina selepas radioterapi dan kurang stenosis vagina tetapi ini bukan bukti manfaat akibat dilatasi vagina. Hubungan antara dilatasi dan kurang stenosis vagina mungkin disebabkan oleh kesan baik dilatasi atau kerana wanita dengan stenosis (atau yang melaporkan stenosis) tidak dapat mengguna dilator.

Nota terjemahan: 

Sila hubungi cochrane@rumc.edu.my untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini. Diterjemah oleh Nadiatul Azra Ahmad Mazlan (Universiti Perubatan Antarabangsa ). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Universiti Manipal Malaysia).

Tools
Information