Penggunaan ubat antiepileptik untuk mencegah sawan selepas pembedahan otak

Soalan ulasan

Ulasan Cochrane ini mengkaji bukti untuk keberkesanan dan keselamatan ubat antiepileptik (AED) apabila ia diberikan kepada orang yang tidak mempunyai epilepsi untuk mengelakkan mereka daripada mengalami sawan selepas pembedahan craniotomy (sejenis pembedahan otak yang biasanya digunakan untuk membuang barah otak). Kami juga merancang untuk mengkaji sama ada sebarang AED spesifik adalah lebih berkesan dalam mencegah sawan selepas pembedahan craniotomy.

Latar belakang

Orang yang menjalani pembedahan otak yang dikenali sebagai craniotomy mungkin mempunyai risiko tambahan dalam mengalami sawan selepas pembedahan craniotomy. AED telah digunakan dalam kajian untuk mencegah sawan selepas pembedahan di kalangan pesakit dengan tiada sejarah epilepsi. Sebilangan kecil kajian membandingkan perbezaan dalam rawatan AED yang berlainan, sementara yang lain membandingkan AED kepada plasebo (satu pil yang mengandungi tiada ubat) atau kumpulan tanpa rawatan.

Ciri-ciri kajian

Buktinya adalah terkini sehingga Jun 2017. Sepuluh kajian memenuhi kriteria kami, dan melibatkan 1815 peserta. Tiga kajian membandingkan phenytoin (AED) dengan satu plasebo atau tiada rawatan. Satu kajian membandingkan phenytoin atau carbamazepine AED dengan tiada rawatan. Satu kajian membandingkan phenytoin atau phenobarbitol AED dengan tiada rawatan. Lima kajian yang lain adalah kajian berterusan (di mana satu ubat dibandingkan secara terus dengan ubat lain) dengan AED (phenytoin berbanding valproate;zonisamide berbanding phenobarbital dan pevetiracetam berbanding phenytoin).

Keputusan utama

Kami tidak mendapati sebarang bukti konsisten untuk mencadangkan bahawa pencegahan rawatan AED adalah berkesan dalam mengurangkan bilangan sawan yang berlaku selepas pembedahan,kematian atau kejadian sampingan.

Kualiti bukti

Dengan membandingkan semua kajian, kami menganggap bahawa kualiti bukti adalah rendah akibat daripada masalah berpotensi dengan reka bentuk kajian. Perbezaan dalam reka bentuk kajian berkaitan dengan rawatan yang dikaji dan keputusan yang dilaporkan bermakna bahawa ia adalah sukar untuk membandingkan keputusan merentasi kajian. Kajian lanjutan yang berkualiti tinggi diperlukan untuk mengesahkan pencarian yang dibincangkan di atas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khoo Jing Hern (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Chan MW (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi khoojinghern@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save