Antibiotik untuk rawatan osteomyelitis dalam pesakit penyakit sel sabit

Soalan ulasan

Kami mengkaji bukti untuk menentukan sama ada antibiotik (tersendiri atau digabungkan) yang diberikan kepada pesakit penyakit sel sabit yang mempunyai osteomyelitis (jangkitan tulang) sebelum bakteria khusus yang menyebabkan jangkitan dikenalpasti adalah berkesan dan selamat berbanding dengan rawatan antibiotik yang ditujukan kepada bakteria dan samada keberkesanan dan keselamatan ini adalah bergantung kepada regimen rawatan yang berbeza, umur ataupun tetapan / ‘settings’. Ini merupakan penerbitan Ulasan Cochrane terdahulu yang dikemaskini.

Latar belakang

Penyakit sel sabit memberi kesan ke atas berjuta-juta orang di serata dunia. Osteomyelitis merupakan salah satu komplikasi utama. Antibiotik diberikan untuk merawatnya, tetapi tidak ada rawatan yang standard di seluruh dunia.

Tarikh carian

Bukti adalah terkini sehingga: 18 Ogos 2016.

Ciri-ciri kajian

Tiada kajian dimasukkan ke dalam ulasan ini.

Keputusan utama

Kesimpulan kami ialah satu kajian rawak terkawal harus cuba untuk menjawab soalan-soalan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information
Share/Save