Intervensi bagi membaiki gigi yang telah dilemahkan kerana kehilangan lapisan enamel akibat amelogenesis imperfekta.

Amelogenesis imperfekta (AI) adalah gangguan pembentukan gigi yang mana gigi dibaluti dengan enamel yang abnormal. Enamel ini mudah patah dan rosak, dan mempengaruhi rupa bentuk gigi, terutamanya jika dibiarkan tanpa rawatan.. Hasil psikologi negatif akibat rupa diri dan fungsi berkompromi dalam kalangan pesakit AI didapati mempengaruhi daya tarikan seseorang dan mengurangkan interaksi sosial. Penjagaan pencegahan dan restoratif awal yang sesuai adalah penting untuk kejayaan pengurusan AI dan kesejahteraan psikologi seseorang.

Rawatan yang digunakan bergantung kepada tahap masalah tersebut. Korona kadangkala digunakan untuk memperbaiki rupa bentuk gigi dan melindungi gigi dari kerosakan.

Ulasan yang dibuat oleh Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane ini bertujuan membandingkan kadar kejayaan pelbagai bahan restoratif dan teknik yang diguna untuk membaiki gigi hadapan dan belakang akibat AI. Ulasan ini menilai kepuasan pesakit, terutamanya bagaimana rupa gigi mereka, berapa sensitif gigi tersebut dan keberkesanan gigi mereka berfungsi.

Carian terkini kajian sedia ada dibuat pada 18 April 2013. Kajian rawak terkawal dicari di mana restorasi gigi akibat AI dibanding dari aspek kepuasan pesakit dan fungsi. Kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun ke bawah yang menghidap AI dan memerlukan penjagaan restoratif, dipilih tanpa mengira kewarganegaraan mereka. Ulasan ini tidak mendapati sebarang kajian yang memenuhi kriteria kemasukan.

Oleh itu, tiada bukti terkini yang cukup dan boleh dip[ercayai untuk menyokong jenis rawatan manakah yang lebih berkesan. Kajian rawak terkawal yang bermutu tinggi dan memfokuskan kepada kanak-kanak dan remaja dan pelbagai jenis dan tahap gangguan tersebut patut dijalankan untuk menentukan intervensi terbaik bagi merestorasi gigi-gigi yang dipengaruhi olel AI.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save