Penggunaan sarung tangan, gaun dan topeng ketika merawat pesakit di hospital bagi mengelakkan jangkitan meticillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA) di persekitaran hospital.

Apakah yang dimaksudkan dengan MRSA, dan mengapa ia menjadi satu masalah di hospital?

MRSA bermaksud bakteria Staphylococcus aureus yang mempunyai ketahanan atau kekebalan terhadap meticillin-(atau methicillin-) '. Ini adalah jenis bakteria yang biasa (Staphylococcus aureus) yang tidak lagi mampu dibunuh dengan penggunaan meticillin (juga dikenali sebagai antibiotik' methicillin' ) ataupun antibiotik lain yang sering digunakan untuk merawat jangkitan ini. MRSA boleh hidup dalam badan seseorang tanpa membuatkan mereka jatuh sakit atau tanpa sebarang gejala, tetapi merbahaya apabila MRSA berjangkit pada mereka yang tidak sihat.

MRSA mudah berjangkit dari satu pesakit ke pesakit yang lain terutamanya di hospital, di mana ia akan menyebabkan jangkitan yang teruk dan boleh menyebabkan kematian. Penyebaran berlaku disebabkan oleh kalitangan kesihatan itu sendiri. Ini terjadi apabila tangan, pakaian, atau peralatan mereka tercemar dengan MRSA semasa penjagaan rutin pesakit yang mempunyai MRSA. Kemudian sentuhan tangan, pakaian atau peralatan mereka yang tercemar menyebabkan MRSA merebak kepada pesakit lain di hospital.

Apakah keperluan menggunakan sarung tangan, gaun atau topeng dalam menghalang penyebaran MRSA dalam kalangan pesakit di hospital?

Penggunaan sarung tangan pakai buang sama ada dengan atau tanpa penggunaan gaun boleh basuh atau pakai buang boleh menghalang penyebaran MRSA seterusnya menghalang tangan dan baju kakitangan kesihatan dicemari dengan MRSA. Sarung tangan dan gaun akan dibuang selepas merawat seorang pesakit, dan seterusnya set lain yang bersih akan digunakan untuk melawat pesakit seterusnya. Penggunaan topeng mungkin juga dapat menghalang penyebaran MRSA melalui udara.

Namun, ia masih tidak diketahui sama ada penggunaan sarung tangan, gaun atau topeng dapat mengurangkan penyebaran MRSA apabila mereka digunakan secara berasingan, atau kombinasi dua daripada tiga, atau ketiga-tiganya sekali, dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.

Matlamat kajian ini dan hasil kajian

Penyelidik ingin mengetahui sama ada penggunaan sarung tangan, gaun atau topeng oleh kakitangan kesihatan (sebagai contoh, seorang doktor) dapat menghalang penyebaran MRSA daripada pesakit yang menghidapi MRSA kepada pesakit lain di hospital.

Para penyelidik telah membuat carian yang meluas daripada bahan kesusasteraan perubatan hingga Jun 2015, tetapi gagal untuk menemui apa-apa kajian tentang topik ini.

Pada masa ini tidak terdapat bukti saintifik bahawa memakai sarung tangan, gaun, atau topeng oleh orang yang berhubung rapat dengan pesakit MRSA dapat mengurangkan penyebaran MRSA kepada orang lain di hospital. Walau bagaimanapun, ini tidak boleh ditafsirkan bahawa penggunaan sarung tangan, gaun atau topeng sebagai tidak berkesan; Ini memberi mesej bahawa lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menilai keberkesanannya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Zaki Hilmi Bin Zainal Abidin (Kementerian Kesihatan Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save