radiasi separa payudara untuk kanser awal payudara

Apakah isu ini?

Wanita dengan kanser payudara awal yang memilih untuk menyimpan payudara mereka perlu mempunyai radioterapi (RT) dan juga pembedahan untuk membuang kanser tersebut bagi memastikan ia tidak tumbuh semula pada payudara. RT adalah rawatan x-ray beradiasi tinggi. Mengunakan RT untuk kanser payudara biasanya melibatkan 25 hingga 30 lawatan ke jabatan RT, lima kali seminggu.

Jika kanser payudara tumbuh kembali pada payudara yang sama (dipanggil berulang tempatan), ia cenderung untuk kembali di kawasan di mana ia telah dibuang sebelumnya. Wanita juga boleh tumbuh kanser yang baru (baru 'primer di lain tempat) di bahagian lain payudara yang sama. Kami tidak pasti jika RT yang diberikan untuk menghentikan pertumbuhan semula kanser di mana kanser yang pertama menghentikan pertumbuhan 'primer di lain tempa'.

Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap dalam kalangan wanita. Apabila wanita memilih untuk mengekalkan payudara mereka, ia adalah penting bahawa mereka gembira dengan rupanya selepas rawatan (cosmesis).

Mengapa ia penting?

Sebolehnya kami mahu merawat kawasan yang paling kecil dengan RT kerana ini bermakna kurang kesan sampingan. Merawat hanya sebahagian daripada payudara bermakna bahawa RT mungkin dapat digunakan lagi di bahagian lain payudara yang sama jika diperlukan. Cara-cara baru untuk memberi RT membolehkan rawatan pada sebahagian payudara dapat dilakukan dengan jumlah bilangan rawatan yang kurang. Ini memudahkan bagi wanita dan melibatkan kos yang rendah.

Kami bertanya samada memberi RT kepada sebahagian payudara (dipanggil separa radiasi payudara) (partial breast irradiation) (PBI)) adalah sebaik memberi RT ke seluruh payudara. Ia akan perlu untuk mengawal kanser serta memberi RT ke seluruh payudara. Ia juga agak penting bahawa PBI memberikan tentang kesan-kesan sampingan yang sama dan rupa payudara seperti merawat keseluruhan payudara.

Kami menjumpai tujuh kajian yang melibatkan 7586 wanita. Bukti kami adalah terkini sehingga March 2015. Berulang tempatan jarang berlaku, tetapi lebih kerap dengan PBI (bukti yang berkualiti rendah) dan rupabentuk payudara (diskor oleh doktor) adalah lebih teruk dengan PBI (bukti yang berkualiti rendah). Yang hidup tidak berbeza (bukti yang berkualiti tinggi). Parut pada payudara adalah lebih teruk dengan PBI (bukti berkualiti sederhana). Bilangan wanita yang meninggal dunia akibat kanser payudara adalah sama dengan kedua-dua rawatan (bukti berkualiti sederhana). Bilangan wanita dimana kanser payudara telah merebak, adalah sama dalam kedua-dua jenis rawatan (bukti berkualiti sederrhana) Bilangan wanita yang pada akhirnya memerlukan payudara mereka dibuang (mastectomy) adalah sama selepas kedua-dua jenis rawatan. Mastectomy boleh berlaku kerana pertumbuhan semula kanser pada payudara atau kesan sampingan yang buruk (bukti yang berkualiti rendah).

Ini bermaksud bahawa pada masa ini, PBI tidak memberi kawalan kanser yang sama pada payudara seperti merawat seluruh payudara, tetapi perbezaannya adalah kecil. Ia mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan yang lebih teruk. Terdapat lima kajian besar yang sedang berlangsung yang penting untuk menjawab soalan ini. Kami berharap untuk mempunyai jawapan yang lebih jelas dalam ulasan kemas kini seterusnya .

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my.

Tools
Information
Share/Save