Ubat anti-radang untuk rawatan sekatan tidur 'sleep apnea' kanak-kanak

Terjemahan ini tidak dikemas kini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan.

Sekatan tidur (OSA) merupakan saluran udara bahagian atas yang separa atau sepenuhnya tersumbat semasa tidur dan memberi kesan kepada kira-kira 1% hingga 4% daripada kanak-kanak. Punca yang paling biasa untuk OSA kanak-kanak ialah kelenjar tonsil yang besar. Pembedahan untuk membuang tonsil yang diperbesarkan adalah rawatan yang biasa. Dalam kes-kes OSA yang lebih ringan, rawatan dengan ubat anti-radang bagi mengurangkan saiz tonsil ini merupakan alternatif kepada pembedahan. Ulasan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan ubat-ubatan anti-radang untuk rawatan OSA kanak-kanak antara satu dan 16 tahun. Carian kesusasteraan secara menyeluruh mengenalpasti tiga kajian yang berkaitan. Bukti yang ada daripada kajian-kajian adalah sangat terhad dan mencadangkan bahawa steroid yang disedut melalui hidung boleh mengurangkan gejala-gejala OSA kanak-kanak. Kajian lanjutan diperlukan untuk menilai ubat anti-radang untuk OSA dalam kanak-kanak.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Share/Save