Akupunktur untuk fibromyalgia

Ringkasan ulasan Cochrane ini membentangkan apa yang kami telah dapat daripada kajian tentang kesan rawatan akupunktur terhadap fibromyalgia.

Ulasan menunjukkan bahawa dalam pesakit fibromyalgia:

- akupunktur berkemungkinan besar lebih baik berbanding dengan rawatan bukan akupunkur dalam mengurangkan kesakitan dan kekakuan dan meperbaiki kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhannya dan keletihan;

- akupunktur dengan rangsangan elektrik berkemungkinan lebih baik berbanding dengan penggunaan jarum sahaja dalam mengurangkan kesakitan dan kekakuan, dan memperbaiki kesihatan secara amnya, tidur dan keletihan;

- akupunktur tanpa rangsangan elektrik berkemungkinan tidak mengurangkan kesakitan atau memperbaiki keletihan, kesihatan secara amnya atau tidur; dan

- akupunktur berkemungkinan meningkatkan keberkesanan ubat-ubatan dan senaman terhadap kesakitan.

Apakah itu fibromyalgia dan apakah itu akupunktur?

Apabila anda mengidapi fibromyalgia, anda akan mengalami sakit di kebanyakan bahagian badan anda, bersama dengan pelbagai simptom yang lain termasuklah kekakuan sendi, tidur yang tidak lena, keletihan dan gangguan perasaan yang akan menjejaskan kualiti hidup Buat masa sekarang, masih belum ada kesembuhan dan hanya ada beberapa pilihan rawatan untuk merawat fibromyalgia. Oleh yang demikian, tujuan rawatan hanyalah untuk melegakan kesakitan dan memperbaiki kesihatan dan kebolehan untuk berfungsi dengan baik.

Akupunktur adalah sejenis perubatan Cina dan menggunakan jarum halus untuk merangsangkan sesetengah tempat tertentu pada badan, yang dikenali sebagai, titik akupunktur. Akupunktur kebiasaannya digunakan untuk mengurangkan kepelbagaian jenis kesakitan. Ia berfungsi dengan mengurangkan keradangan, merangsang pembebasan penahan sakit semula jadi dari badan iaitu endorphins dan melegakan minda. Ianya selamat dan mempunyai sedikit dan kesan-kesan sampingan yang berjangka pendek. Jika disokong oleh keseluruhan bukti, akupunktur bakal menawarkan kelegaan berkesaan terhadap simptom fibromyalgia.

Anggaran terbaik untuk pesakit fibromyalgia yang menggunakan akupunktur:

Membandingkan akupunktur dengan intervensi palsu

Kesakitan (skor yang lebih tinggi bermakna lebih teruk atau kesakitan yang lebih teruk)

- Pesakit yang menjalani akupunktur dengan rangsangan elektrik memberikan skor kesakitan mereka pada tahap 13 markah lebih rendah atas skala 100 markah (penambahbaikan nyata) selepas enam sesi rawatan.

- Pesakit yang menjalani akupunktur palsu memberikan skor kesakitan mereka pada angka 70 atas skala 0 ke 100 pada akhir rawatan.

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan skor kesakitan pada angka 57.

Fungsi fizikal (skor yang lebih tinggi bermakna fungsi yang lebih baik)

- Pesakit yang menggunakan akupunktur jarum tanpa rangsangan elektrik memberikan skor fungsi fizikal pada tahap enam markah lebih rendah (kemerosotan nyata)

- Pesakit yang menjalani akupunktur palsu memberikan skor fungsi fizikal mereka pada angka 28 atas skala 0 ke 100 di akhir rawatan.

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum tanpa rangsangan elektrik memberikan skor fungsi fizikal pada angka 22.

- Tiada data mengenai akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik.

Kesejahteraan dan kesihatan menyeluruh yang dinilai peserta (skor yang tinggi bermakna fungsi yang lebih baik)

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan skor kesejahteraan dan kesihatan mereka pada tahap 11 markah lebih tinggi (penambahbaikan nyata)

- Pesakit yang menjalani akupunktur palsu memberikan skor kesejahteraan mereka pada angka 41 atas skala 0 ke 100 di akhir rawatan.

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan skor kesejahteraan pada angka 52.

Tidur (skor yang tinggi bermakna tidur yang lebih baik)

- Pesakit yang menjalani akupunktur memberikan skor tidur mereka pada tahap lapan markah lebih tinggi (penambahbaikan nyata).

- Pesakit yang menjalani akupunktur palsu memberikan skor tidur mereka pada angka 30 atas skala 0 ke 100 di akhir rawatan.

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan skor tidur pada angka 38.

Keletihan (skor yang tinggi bermakna keletihan yang lebih teruk):

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan skor keletihan mereka pada tahap 15 markah lebih rendah (penambahbaikan nyata).

- Pesakit yang menjalani akupunktur palsu memberikan skor keletihan mereka pada angka 78 atas skala 0 ke 100.

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan markah kelethian pada angka 63.

Kekakuan (skor yang tinggi bermakna kekakuan yang lebih teruk):

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan skor kekakuan mereka pada tahap 15 markah lebih tinggi (penambahbaikan nyata).

- Pesakit yang menjalani akupunktur palsu memberikan skor kekakuan mereka pada angka 66 atas skala 0 ke 100 di akhir rawatan.

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum dengan rangsangan elektrik memberikan skor kekakuan pada angka 57.

- Data berkenaan akupunktur jarum tanpa akupunktur elektrik tidak sedia ada.

Kesan buruk:

- Satu dalam enam orang yang telah menjalani akupunktur melaporkan kejadian-kejadian buruk.

- Satu dalam tiga orang yang telah menjalani rawatan palsu melaporkan kejadian-kejadian buruk.

- Keseluruhannya, peristiwa-peristiwa buruk yang berlaku hanyalah perkara kecil dan berakhir dalam satu hari.

Akupunktur sebagai terapi tambahan

Kesakitan (skor yang lebih tinggi bermakna lebih teruk atau kesakitan yang lebih teruk):

- Pesakit yang menjalani akupuntur jarum sebagai tambahan kepada rawatan standard yang merangkumi senaman dan ubat-ubatan anti-kemurungan (antidepresan) memberikan markah kesakitan pada tahapi 30 markah lebih rendah atas skala 0 ke 100 (penambahbaikan nyata) setelah 20 sesi akupunktur.

- Pesakit yang menjalani terapi standard memberikan skor kesakitan mereka 80 atas skala 0 ke 100 di akhir rawatan.

- Pesakit yang telah menjalani rawatan akupunktur tambahan memberikan skor kesakitan mereka pada angka 50.

Akupunktur dibandingkan dengan ubat anti-kemurungan (antidepressan)

Kesakitan (skor yang lebih tinggi bermakna lebih teruk atau kesakitan yang lebih teruk):

- Pesakit yang telah menjalani akupunktur memberikan skor kesakitan mereka pada tahap 17 markah lebih rendah (penambahbaikan nyata) setelah 28 sesi akupunktur.

- Pesakit yang menjalani rawatan ubat anti-kemurungan (antidepressan) memberikan skor kesakitan mereka pada angka 29 atas skala 0 ke 100 di akhir rawatan.

- Pesakit yang telah menjalani rawatan akupunktur memberikan skor kesakitan mereka pada angka 12.

Perbandingan akupunktur dengan bukan akupunktur (senarai menunggu)

- Pesakit yang menjalani akupunktur jarum bersama dengan rangsangan elektrik memberikan skor pada tahap 23, 11 dan 9 lebih rendah atas skala 100 markah untuk kesakitan, keletihan, dan kekakuan untuk setiap satunya; dan melaporkan kesejahteraan dan kesihatan menyeluruh mereka pada tahap15 markah lebih baik daripada pesakit yang tidak menjalani akupunktur.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Solihin Zahari (RCSI & UCD Malaysia Campus). Disunting oleh Tan May Loong (RCSI & UCD Malaysia Campus). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi solihin@ms.pmc.edu.my

Tools
Information