Vaksin untuk pencegahan jangkitan salmonella yang teruk pada penghidap sel sabit

Soalan ulasan

Adakah pemberian rutin vaksin salmonella kepada pengidap penyakit sel sabit dapat menurunkan kes kematian dan morbiditi yang bersabit dengan jangkitan kuman tersebut.

Latar Belakang

Salmonella merupakan organisma kedua selepas pneumococcus penyebab kepada jangkitan bakteria terhadap pengidap sel sabit. Jangkitan bakteria ini boleh membawa kepada komplikasi dan boleh mengurangkan kualiti hidup pesakit dan kadangkala boleh mengakibatkan kematian. Immunisasi dengan vaksin salmonella ialah salah satu intervensi yang ada untuk menurunkan kadar jangkitan bakteria ini. Terdapat beberapa jenis vaksin yang ada: vaksin nyahaktif dan vaksin oral.

Tarikh carian

Bukti yang terkini adalah pada 17 Oktober 2018

Ciri-ciri Kajian

Kami tidak menjumpai sebarang ujian kawalan rawak yang menggunakan vaksin ini pada pengidap sel sabit.

Keputusan Utama

Kami menyimpulkan bahawa adanya keperluan ujian kawalan rawak bagi menilai risiko dan faedah terhadap jenis-jenis vaksin yang berbeza untuk menilai potensi bagi meningkatkan keupayaan hidup dan mengurangkan kematian disebabkan jangkitan salmonella pada pengidap sel sabit. Walaubagaimanapun, kami percaya bahawa kemungkinan besar tidak akan ada kajian yang diterbitkan dalam bidang ini, oleh itu ulasan ini tidak akan dikemaskini secara tetap.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Rohayu Izanwati Mohd Rawi. Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information