Plasma kaya platelet autologous (PRP) untuk luka kronik

Ulasan soalan

Apakah itu plasma kaya platelet autologous dan adakah ia baik untuk merawat luka kronik?

Latar belakang

Luka kronik (atau ulser) adalah kepecahan pada kulit yang tidak sembuh, atau memerlukan masa yang lama untuk sembuh, dan sering berulang. Luka kronik merangkumi ulser tekanan, ulser kaki vena, ulser arteri, ulser neurotropik, dan ulser kaki pada orang yang mengidap diabetes. Plasma kaya platelet (PRP) autologous adalah satu rawatan penyembuhan luka yang berpotensi kerana ia mempunyai komponen-komponen seperti fibrin (satu bahan yang dihasilkan dalam hati yang membekukan darah) dan faktor pertumbuhan kepekatan tinggi yang difikirkan dapat membantu penyembuhan. Kami mengulas bukti atas kesan PRP autologous atas penyembuhan luka dalam orang berusia 18 tahun atau atas dengan luka kronik dari sebarang sebab (seperti ulser tekanan, ulser arteri, ulser vena). Kami juga menyertakan pesakit dengan luka dari pelbagai punca seperti ulser campuran arteri vena.

Apa yang penyelidik dapati

kami merangkumkan 10 kajian terkawal rawak, dengan sejumlah 442 peserta (purata umur 61 tahun dan 42% wanita). Empat kajian yang dirangkumkan merekrut orang dengan pelbagai luka kronik; tiga kajian mendaftar orang dengan ulser kaki vena; dan 3 kajian lain menyertakan orang dengan diabetes yang mempunyai ulser kaki. Panjang rawatan median adalah 12 minggu. Semua kecuali tiga kajian melaporkan sumber pembiayaan. Empat dari kajian menerima sokongan kewangan dari syarikat yang membuat alatan PRP.

Keputusan adalah tidak konklusif sama ada PRP autologous dapat menambahbaikkan penyembuhan luka kronik berbanding dengan rawatan standard. PRP autologous dapat menambah penyembuhan ulser kaki dalam orang dengan diabetes berbanding dengan rawatan standard, tetapi ia tidak jelas sama ada PRP autologous mempunyai kesan atas luka kronik yang lain. Tiga kajian melaporkan komplikasi luka seperti jangkitan atau dermatitis, tetapi keputusan tidak menunjukkan perbezaan dalam risiko peristiwa buruk dalam orang yang dirawat PRP atau rawatan standard. Penemuan ini berdasarkan bukti berkualiti rendah disebabkan bilangan kecil kajian dan pesakit yang dirangkumkan, dan juga kaedah yang berkualiti rendah.

Ringkasan bahasa yang mudah ini adalah terkini sehingga 16 Julai 2015.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information
Share/Save