Latihan yang menggunakan elektromekanikal untuk menambahbaik fungsi lengan dan mengurangkan ketidakupayaan selepas strok

Soalan ulasan

Untuk menilai kesan latihan lengan secara elektromekanikal dan bantuan robot untuk menambahbaik fungsi lengan dikalangan orang yang mendapat strok.

Latar belakang

Lebih daripada dua pertiga pesakit strok menghadapi kesukaran kerana kelemahan fungsi lengan, yang boleh menghadkan keupayaan mereka untuk melakukan aktiviti harian, mengurangkan produktiviti, membataskan aktiviti sosial, dan seterusnya menyebabkan beban kepada ekonomi. Latihan lengan elektromekanik dan bantuan robot menggunakan mesin-mesin khas untuk membantu rehabilitasi dalam menyokong bahu, siku, atau pergerakan tangan. Bagaimanapun, peranan latihan lengan elektromekanik dan bantuan robot untuk menambahbaik fungsi lengan selepas strok masih tidak jelas.

Ciri-ciri kajian

Kami mengenalpasti 45 kajian (melibatkan 1619 peserta) sehingga Januari 2018 dan kajian-kajian ini digunakan dalam ulasan kami. Dua puluh empat peralatan elektromekanik yang berbeza digunakan di dalam kajian, kajian ini juga membandingkan di antara latihan lengan dengan bantuan elektromekanikal dan bantuan robot dengan berbagai intervensi yang lain. Para peserta berumur diantara 21 hingga 80 tahun, tempoh kajian daripada dua hingga 12 minggu, saiz kajian diantara lapan hingga 127 peserta, dan hasil utama (aktiviti-aktiviti kehidupan harian: pemboleh ubah sasaran terpenting yang diukur) berbeza di dalam kajian-kajian ini.

Keputusan-keputusan utama

Latihan lengan elektromekanikal dan bantuan robot berjaya menambahbaik aktiviti-aktiviti kehidupan harian dikalangan pesakit strok, menambaik baik fungsi serta kekuatan otot lengan yang terjejas. Bagi kejadian yang tidak diingini, seperti kecederaan dan kesakitan, ianya jarang diperincikan, peralatan-peralatan ini boleh diaplikasikan sebagai alatan rehabilitasi, tetapi kami masih tidak mengetahui bila ataupun bilangan kekerapan alatan ini patut digunakan.

Kualiti bukti

Kualiti bukti adalah tinggi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia).DIsunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Share/Save