Pembatasan protein untuk kanak-kanak dengan penyakit buah pinggang kronik

Diet protein rendah boleh melambatkan kegagalan buah pinggang dalam kalangan dewasa dengan penyakit buah pinggang, namun diet protein rendah dalam kalangan kanak-kanak menimbulkan kebimbangan kegagalan pertumbuhan. Ulasan ini mengenal pasti dua kajian (250 kanak-kanak) dalam kanak-kanak dengan penyakit buah pinggang dan mendapati bahawa diet protein rendah tidak melambatkan progressi kegagalan buah pinggang (penyakit buah pinggang peringkat akhir). Masih ada beberapa kebimbangan mengenai kesan buruk ke atas pertumbuhan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my

Tools
Information