Pemberhentian perencat calcineurin atau penirusan untuk penerima pemindahan buah pinggang

Apakah isunya?

Perencat Calcineurin(CNI, cyclosporin dan tacrolimus) adalah satu bahagian penting dalam rawatan untuk menyekat sistem imun untuk mencegah penolakan buah pinggang yang dipindahkan. Namun, CNI boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan buah pinggang berparut yang menyumbang kepada faktor risiko lebih teruk bagi serangan jantung, strok dan kehilangan organ yang dipindahkan dari semasa ke semasa.

Terdapat data yang konflik terhadap keputusan untuk menarik balik ubat-ubatan dari penerima pemindahan buah pinggang; sesetengah kajian mencadangkan fungsi buah pinggang yang lebih baik tetapi yang lain melaporkan risiko yang sederhana untuk mendapat penolakan. Kerana ketidakpastian ini, kami telah menilai manfaat dan kemudaratan penarikan atau penirusan CNI dalam kalangan penerima pemindahan buah pinggang untuk mengenal pasti pendekatan mana yang lebih bermanfaat.

Apa yang kami lakukan?
Kami sertakan 83 kajian yang melibatkan lebih daripada 16,000 orang dalam ulasan ini. Kajian-kajian yang membanding dos standard rejim CNI dengan penarikan, penirusan atau dos rendah CNI dalam tempoh selepas pemindahan telah dianalisis.

Apa yang kami dapati?
Walaupun penarikan rawatan CNI mengakibatkan lebih banyak penolakan dalam jangka pendek, tiada perubahan yang jelas dalam kegagalan organ yang dipindahkan, kematian, perkembangan kanser, atau jangkitan. Menggantikan CNI dengan satu lagi kumpulan ubat - perencat mTOR - tidak mengubah hasil dengan ketara, kecuali sedikit jangkitan cytomegalovirus (CMV). Dos CNI yang lebih rendah dikaitkan dengan kurang episod penolakan pemindahan buah pinggang dan kerugian, tetapi hanya pada tahun pertama hingga lima tahun selepas pemindahan tersebut.

Kesimpulan
Kami mendapati bahawa hasil jangka panjang untuk menghentikan atau terapi mengurangkan CNI secara beransur-ansur itu tidak jelas, dan bahawa perencat mTOR boleh mengurangkan jangkitan CMV dengan risiko penolakan akut lebih tinggi. Tiada kajian yang cukup dengan susulan jangka panjang untuk menentukan dengan jelas rawatan yang lebih baik untuk orang yang menerima pemindahan buah pinggang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information