Heparin dengan berat molekul yang rendah untuk pencegahan thromboembolism vena pada pesakit luar dengan imobilisasi di kaki

Latar belakang

Thromboembolism vena adalah satu keadaan di mana satu bentuk darah beku dalam urat-urat mendalam (DVT), biasanya pada kaki. Kebimbangannya adalah darah beku tersebut boleh bergerak sehingga menyekat arteri di dalam paru-paru (pulmonari embolisme). Dalam pesakit dewasa, imobilisasi pada kaki dengan plaster cast atau pendakap adalah satu faktor risiko DVT dan pulmonari embolisme. Untuk mengelakkan komplikasi ini, rawatan pencegahan dengan antikoagulan (ubat yang menipis darah) sering digunakan, biasanya, heparin dengan berat molekul rendah (LMWH). Namun, tiada kata sepakat mengenai perkara ini dalam garis panduan kebangsaan yang sedia ada. Oleh itu, penyelidik mencari bukti dalam penulisan-penulisan bagi kajian tentang topik ini, untuk menilai bukti.

Ciri-ciri kajian dan keputusan

Penyelidik melibatkan lapan kajian dalam ulasan ini (sekarang sehingga April 2017). Kajian ini merangkumi sejumlah 3680 peserta. Peserta, sama ada menerima LMWH subcutaneous sekali sehari, atau tiada rawatan pencegahan (plasebo). Kes-kes baru DVT adalah dari 4.3% hingga 40% dalam kumpulan kawalan dan antara 0% hingga 37% dalam kumpulan LMWH. Risiko DVT adalah lebih rendah dalam peserta yang menerima LMWH. Lanjutan analisis juga menunjukkan bahawa pengurangan dalam kejadian DVT apabila penggunaan LMWH adalah berbanding dengan tanpa rawatan atau plasebo dalam kumpulan peserta berikut: pesakit dengan acuan di bawah lutut, pesakit dirawat secara konservatif (pesakit tidak dibedah), pesakit yang dibedah, pesakit yang patah tulang, pesakit yang mempunyai kecederaan tisu lembut, pesakit dengan thrombosis di atas lutut, dan pesakit dengan thrombosis di bawah lutut. Tiada perbezaan yang jelas ditemui antara kumpulan kawalan dan LMWH bagi pulmonari embolisme. Kajian menunjukkan kekurangan simtom-simtom thromboembolism vena dalam golongan LMWH berbanding dengan kumpulan kawalan. Tiada kes-kes kematian yang disebabkan oleh pulmonari embolisme dilaporkan. Satu kajian melaporkan satu kematian dalam kumpulan kawalan.

Terdapat beberapa kesan buruk dilaporkan dalam pesakit yang dirawat. Peristiwa buruk utama dilaporkan adalah kes-kes pendarahan kecil seperti hidung berdarah, darah dalam air kencing dan najis hitam.

Kualiti bukti dan kesimpulan

Penggunaan LMWH dalam pesakit dewasa menurunkan DVT apabila imobilisasi pada anggota yang lebih rendah adalah diperlukan, berbanding dengan tiada pencegahan atau plasebo. Kualiti bukti diturunkan ke sederhana disebabkan oleh risiko berat sebelah dalam beberapa kajian, seperti kekurangan pembutaan (blinding) peserta, atau sebab yang kurang jelas untuk menyisihkan peserta dari analisis. Kualiti bukti rendah menunjukkan tiada perbezaan yang jelas dalam pulmonari embolisme antara LMWH dan kumpulan kawalan, tetapi simtom-simtom thromboemboli vena adalah kurang dalam kumpulan LMWH. Kualiti bukti diturunkan disebabkan oleh isu kaedah kajian dan ketidaktepatan keputusan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save