Nasihat diet semasa hamil untuk mencegah diabetes gestasi.

Apa isunya?

Bolehkah nasihat diet bagi wanita hamil mencegah perkembangan diabetes semasa kehamilan, dikenali sebagai diabetes mellitus gestasi (GDM) yang boleh menyebabkan komplikasi kesihatan kepada wanita dan bayi mereka?

Mengapa ini penting?

Wanita dengan GDM lebih berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dan kehadiran protein dalam air kencing semasa hamil (pra-eklampsia) dan kelahiran caesarian. Bayi-bayi mereka mungkin lebih besar dan, hasilnya, cedera ketika lahir, atau menyebabkan kecederaan kepada ibu-ibu mereka semasa melahirkan. Tambahan pula, ada kemungkinan masalah kesihatan jangka panjang bagi wanita dan bayi-bayi mereka, termasuk peningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan diabetes jenis 2. Bilangan wanita yang didiagnos dengan GDM semakin meningkat di seluruh dunia, oleh itu mencari cara mudah dan kos efektif untuk mencegah wanita dari mendapat GDM adalah penting.

Karbohidrat adalah nutrien utama yang mempengaruhi glukosa darah selepas makan. Indeks glycaemic (GI) boleh diguna untuk mencirikan keupayaan makanan yang berasaskan karbohidrat untuk meningkatkan tahap ini. Sesetengah diet misalnya, makanan berserat rendah dan tinggi GI, boleh meningkatkan risiko untuk membentuk GDM. Telah dicadangkan bahawa intervensi nasihat diet semasa hamil boleh membantu untuk mengelakkan wanita membentuk GDM.

Apakah bukti kami dapati?

Kami mencari kajian-kajian pada 3 Januari 2016, dan memasukan 11 kajian rawak terkawal yang melibatkan 2786 wanita hamil dan bayi-bayi mereka. Kualiti bukti dinilai sebagai rendah atau sangat rendah dan risiko bias keseluruhan kajian-kajian tersebut adalah tidak jelas hingga sederhana. Enam kajian membandingkan nasihat diet dengan penjagaan piawai, empat membandingkan nasihat yang memfokuskan diet GI rendah dengan nasihat diet GI sederhana hingga tinggi, dan satu kajian membandingkan nasihat diet yang memfokuskan diet berserat tinggi dengan nasihat piawai.

Terdapat kemungkinan penurunan dalam pembentukan GDM bagi wanita yang menerima nasihat diet berbanding penjagaan piawai di dalam lima kajian (1279 wanita, bukti berkualiti sangat rendah ), walaupun tiada perbezaan GDM yang jelas di antara wanita yang menerima nasihat diet GI rendah berbanding mereka yang menerima nasihat diet GI sederhana hingga tinggi di dalam empat kajian (912 wanita, bukti berkualiti rendah). Dua kajian (282 wanita) melaporkan tiada perbezaan jelas di antara wanita yang menerima nasihat diet berbanding penjagaan piawai bagi pra-eklampsia (bukti berkualiti rendah), walaupun bilangan wanita yang menerima nasihat diet mendapat tekanan darah tinggi semasa hamil bukti berkualiti rendah). Tiada perbezaan jelas di antara kumpulan wanita yang menerima nasihat diet GI-rendah dan GI-sederhana hingga tinggi dalam bilangan bayi yang dilahirkan besar-untuk umur gestasi dalam tiga kajian (777 bayi, bukti berkualiti sangat rendah). Hanya satu kajian yang membandingkan nasihat dietdengan penjagaan piawai melaporkan bilangan bayi yang meninggal dunia (sama ada sebelum lahir atau sejurus selepas lahir), dengan tiada kematian dalam kajian ini.

Tiada perbezaan jelas bagi kebanyakan hasil lain yang dinilai dalam kajian yang membandingkan nasihat diet dengan penjagaan piawai. termasuk pembedahan caesarian, trauma perineum dan ketebalan kulit kanak-kanak pada enam bulan. Walau bagaimanapun, wanita yang menerima nasihat diet kurang kenaikan berat badan semasa hamil dalam lima kajian (1336 wanita) (bukti berkualiti rendah).

Begitu juga, tiada perbezaan jelas bagi hasil-hasil lain yang dinilai dalam kajian yang membandingkan nasihat diet GI- rendah dan sederhana hingga tinggi, termasuk untuk kelahiran caesarian dan kenaikan berat badan semasa hamil. Kajian yang membandingkan nasihat diet yang memfokuskan diet berserat tinggi dengan nasihat piawai mendapati tiada perbezaan jelas untuk sebarang hasil.

Kajian-kajian yang dimasukkan tidak melaporkan bilangan hasil yang besar yang disenaraikan dalam ulasan ini, termasuklah hasil yang berkait dengan kesihatan jangka panjang untuk wanita dan bayi-bayi mereka (sebagai kanak-kanak dan dewasa), dan penggunaan dan kos perkhidmatan kesihatan.

Apa maknanya?

Intervensi nasihat diet bagi wanita hamil mungkin dapat mencegah GDM. Berdasarkan kajian-kajian semasa, walau bagaimanapun, belum ada bukti muktamad untuk panduan amalan. Kajian rawak terkawal yang lebih besar dan direka dengan baik perlu untuk menilai kesan-kesan intervensi diet semasa hamil bagi mencegah GDM dan memperbaiki hasil-hasil kesihatan lain untuk ibu dan bayi-bayi mereka dalam jangka pendek dan panjang. Lima kajian sedang dijalankan, dan empat menanti klasifikasi (bergantung kepada ketersediaan maklumat lanjutan) dan akan dipertimbangkan dalam kemaskini ulasan berikutnya.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nila Pillai (Penang Medical College). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi nila@pmc.edu.my

Tools
Information
Share/Save