Pencair darah yang boleh disuntik (antikoagulan) pada pesakit kanser

Latar Belakang
Bukti penyelidikan mencadangkan bahawa pencairan darah dapat meningkatkan kelangsungan hidup pesakit kanser, dengan mencegah gumpalan darah yang mengancam nyawa dan juga mungkin mempunyai kesan antikanser secara langsung. Walau bagaimanapun, pencairan darah juga boleh meningkatkan risiko pendarahan, yang boleh menjadi serius dan mengurangkan kelangsungan hidup. Oleh itu, ia adalah penting untuk memahami kebaikan dan keburukan rawatan supaya pesakit dan doktor mereka sedar tentang keseimbangan antara risiko dan kebaikan.

Ciri-ciri kajian
Penyelidik telah mencari penerbitan saintifik tentang kajian antikoagulan dalam mereka yang mempunyai kanser. Bukti adalah terkini sehingga 14 Ogos 2017. Penyelidik melibatkan 19 kajian yang layak.

Keputusan utama
Penyelidik telah memilih 19 kajian yang melibatkan 9650 peserta dengan kanser. Kebanyakan kajian melibatkan peserta dengan pelbagai jenis kanser terutama sel kecil kanser paru-paru, sel bukan kecil kanser paru-paru, dan kanser pankreatik. Semua kajian dijalankan di fasiliti pesakit luar. Keputusannya menunjukkan bahawa kesan pencairan darah suntikan pada kelangsungan hidup adalah tidak pasti, tetapi jika ada pun berskala kecil. Keputusannya juga menunjukkan bahawa pencairan darah suntikan mengurangkan risiko pendarahan besar dan pendarahan kecil sebanyak 4 lebih dalam setiap 1000 dan 17 lagi dalam setiap 1000, masing-masing. Kesan terhadap kualiti hidup adalah tidak pasti.

Kepastian bukti
Penyelidik menilai kepastian bukti sebagai tinggi untuk VTE simptomatik dan pendarahan kecil, dan sederhana untuk kematian, pendarahan besar dan kualiti hidup.

Nota editorial: Ini adalah ulasan sistematik berterusan. Ulasan sistematik berterusan menawarkan pendekatan baru untuk mengulas kemaskini di mana ulasan dikemaskini secara berterusan, menggabungkan bukti relevan baharu yang tersedia. Sila merujuk kepada Pangkalan Data Ulasan Sistematik Cochrane untuk status terkini sorotan ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save