Langkau ke kandungan utama

Histerektomi vagina dilanjutkan (radikal) dengan bantuan lubang kunci berbanding histerektomi radikal terbuka untuk rawatan kanser serviks awal

Latar belakang

Kanser serviks adalah kanser kedua yang paling lazim dalam kalangan wanita. Risiko seseorang wanita mendapat kanser serviks pada usia 65 tahun adalah antara 0.69% di negara maju hingga 1.38% di negara membangun. Di Eropah, kira-kira 60% wanita dengan kanser serviks masih hidup lima tahun selepas diagnosis. Rawatan standard untuk kanser serviks awal terpilih adalah histerektomi radikal, melibatkan pembuangan serviks, uterus (rahim) dan tisu sokongan (parametrium), bersama-sama dengan kelenjar limfa pelvis (nodul) dan bahagian atas vagina (cuff). Secara tradisinya, histerektomi radikal telah dilakukan sebagai pembedahan terbuka selama lebih dari satu abad. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembedahan ini juga telah dilakukan secara laparoskopi (pembedahan lubang kunci) untuk mengurangkan saiz hirisan perut.

Ciri-ciri kajian

Kami menjalankan Ulasan sistematik dan mencari percubaan terkawal rawak (RCT) yang telah diterbitkan dan tidak diterbitkan yang membandingkan kaedah terbuka dan kaedah vagina yang dibantu secara laparoskopi untuk melakukan histerektomi radikal pada wanita dengan kanser serviks awal. Bukti adalah terkini sehingga Julai 2013.

Kami hanya menjumpai satu kajian yang berkaitan. Ini melibatkan hanya 13 wanita; tujuh menjalani histerektomi vagina radikal (LARVH) yang dibantu secara laparoskopi dan enam menjalani histerektomi abdomen radikal (RAH).

Hasil utama

Wanita yang menjalani LARVH nampaknya kurang kehilangan darah, tinggal di hospital lebih singkat dan kurang keperluan untuk ubat sakit berbanding mereka yang menjalani RAH. Tiada perbezaan yang signifikan secara statistik dalam risiko komplikasi yang berkaitan dengan pembedahan pada wanita yang menjalani LARVH dan RAH. Walau bagaimanapun, RAH mempunyai masa pembedahan yang jauh lebih singkat berbanding dengan LARVH.

Percubaan tidak menilai kelangsungan hidup secara keseluruhan dan kelangsungan hidup tanpa perkembangan (PFS; masa seorang wanita hidup dengan kanser tetapi tidak menjadi lebih teruk) atau kualiti hidup (QoL) sebagai fokus utama percubaan adalah untuk memeriksa komplikasi jangka pendek.

Kualiti bukti

Disebabkan bilangan kes yang kecil dan skop perbicaraan jangka pendek, kami tidak dapat mencapai sebarang kesimpulan yang pasti tentang faedah dan kemudaratan relatif kedua-dua bentuk rawatan dan kami tidak dapat mengenal pasti kumpulan kecil wanita yang berkemungkinan mendapat manfaat daripada satu rawatan atau yang lain.

Nota terjemahan

Diterjemah oleh Mastura Abd Malek (Pelajar Pascasiswazah, Fakulti Perubatan, UiTM). Disunting oleh Mohamad Masykurin Mafauzy (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Petikan
Kucukmetin A, Biliatis I, Naik R, Bryant A. Laparoscopically assisted radical vaginal hysterectomy versus radical abdominal hysterectomy for the treatment of early cervical cancer. Cochrane Database of Systematic Reviews 2013, Issue 10. Art. No.: CD006651. DOI: 10.1002/14651858.CD006651.pub3.

Penggunaan cookie kami

Kami menggunakan cookie yang diperlukan untuk menjadikan laman web kami berfungsi. Kami juga ingin menetapkan cookie analitik pilihan untuk membantu kami memperbaikinya. Kami tidak akan menetapkan cookie pilihan melainkan anda mengaktifkannya. Menggunakan alat ini akan menetapkan cookie pada peranti anda untuk mengingati pilihan anda. Anda boleh menukar pilihan cookie anda pada bila-bila masa dengan menekan pautan 'Tetapan cookie' di bahagian bawah setiap halaman.
Untuk maklumat lebih terperinci mengenai cookie yang kami gunakan, lihat halaman halaman cookie.

Terima semua
Konfigurasikan