TEVAR berbanding pembedahan terbuka bagi kecederaan traumatik tumpul aorta torasik

Latar belakang

Kecederaan traumatik tumpul aorta torasik (BTAI) akibat kemalangan kenderaan bermotor dan trauma torasik tumpul adalah pembedahan kecemasan dengan kadar mortaliti tinggi. Kebanyakan pesakit tidak bertahan hidup cukup lama untuk sampai ke hospital. Dua rawatan pilihan utama untuk BTAI adalah pembedahan terbuka dan pembaikan endovaskular torasik (TEVAR).

Ciri-ciri kajian dan keputusan utama

Kami menjalankan ulasan literatur (hingga 20 Ogos 2018) bagi menentukan sama ada TEVAR dikaitkan dengan pengurangan kematian dan penyakit berbanding pembedahan terbuka. Kami tidak menemui kajian rawak terkawal untuk topik ini.

Kualiti bukti

Kami tidak menemui sebarang kajian untuk menjawab objektif-objektif kami; maka kami tidak dapat menilai kualiti bukti.

Kesimpulan penulis

Kami tidak menemui kajian rawak terkawal untuk topik ini. Menjalankan kajian rawak terkawal untuk menjelaskan pengurusan optimal BTAI adalah sangat mencabar untuk dilengkapkan, terutama kerana sejarah semula jadi keadaan ini, sering dalam kombinasi dengan kecederaan yang mengamcam nyawa yang lain, keperluan untuk intervensi segera dan potensi kesukaran mendapatkan persetujuan. Walaupun kekurangan bukti RCT, klinisian meneruskan rawatan endovaskular untuk BTAI berdasarkan metaanalisis kajian kohort dan siri-siri klinikal yang besar.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information
Share/Save