Ubat herba Cina sebagai rawatan untuk endometriosis

Endometriosis adalah masalah ginekologi yang biasa dihadapi, ia menyebabkan sakit dibahagian bawah perut semasa haid. Rawatan bagi keadaan ini melibatkan pembedahan dan ubat-ubatan hormon yang mempunyai kesan sampingan yang tidak menyenangkan dan kemungkinan untuk endometriosis berulang semula tinggi. Dua kajian kecil dalam ulasan ini mencadangkan bahawa perubatan herba Cina (CHM) mungkin berkesan seperti gestrinone dan mungkin lebih berkesan daripada danazol bagi melegakan kesakitan disebabkan endometriosis, dengan kesan sampingan yang lebih sedikit berbanding dengan rawatan konvensional. Walau bagaimanapun, kedua-dua ujian yang dimasukkan dalam ulasan ini adalah kecil dan terhad kualitinya. Oleh itu, keputusan ini mesti ditafsirkan dengan berhati-hati. Percubaan terkawal rawak yang lebih berkualiti diperlukan untuk menyiasat kemungkinan perubatan herba Cina sebagai rawatan bagi endometriosis.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Sharon Chang Mei Wern. (Taylor’s University). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi m.w.chang@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save