5-FU untuk ketuat genital dalam individu yang tidak terimunokompromi

Ketuat kemaluan ialah salah satu jenis jangkitan kelamin yang paling biasa, dengan anggaran kejadian kira-kira 32 juta kes di seluruh dunia setiap tahun. Ketuat tersebut memberi kesan di kawasan kemaluan dan menyebabkan simptom seperti kegatalan, kepedihan, ketidakselesaan, kesakitan, atau pendarahan semasa persetubuhan. Disebabkan perulangan dan stigma yang dikaitkan dengan ketuat kemaluan, sering kali terdapat beban psikologi berkaitan dengan penyakit ini yang mungkin boleh menjadi traumatik kerana perasaan malu, bimbang, takut, marah, dan perendahan harga diri yang berkembang. Ia boleh merebak pada seseorang dan disebabkan ia boleh merebak dengan mudah di antara orang, ketuat kemaluan berpotensi menjadi masalah kesihatan awam yang serius. Terdapakemaluan, tetapi tiada yang mempunyai kelebihan ke atas yang lain. Pada masa ini, tiada bukti sedia ada bahawa rawatan dapat menyembuhkan ketuat kemaluan atau menghalang perkembangannya menjadi malignan. Ulasan ini menilai keberkesanan dan keselamatan 5-FU topikal untuk rawatan ketuat kemaluan dalam individu yang tidak terimunokompromi. Bukti dari kajian-kajian yang kami ulaskan menunjukkan 5-FU mempunyai keputusan yang lebih baik untuk penyembuhan berbanding plasebo atau tiada rawatan; MCSA; dan Podophylin 2%, 4% atau 25%. Tiada perbezaan statistik yang ditemui apabila 5-FU dibandingkan dengan rawatan Laser CO2, dan keputusan adalah buruk apabila 5-FU dibandingkan dengan 5-FU + INFα-2a (dos tinggi) atau 5-FU + INFα-2a Laser CO2 (dos tinggi). Kelemahan ulasan ini adalah variasi yang besar dalam kaedah dan kualiti kajian yang kami sertakan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Muhammad Faiz Mohd Adenan (University of New South Wales, Sydney). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information