Intervensi untuk mengubah diet di persekitaran penjagaan pergigian.

Tabiat pengambilan gula yang tidak sihat telah diketahui berkait dengan kadar kerosakan gigi yang tinggi, dan tabiat pengambilan minuman bergas dikaitkan dengan enamel gigi dilarutkan (hakisan gigi). Ahli pasukan pergigian menilai secara rutin diet pesakit, memaparkan aspek-aspek yang boleh diperbaiki untuk mengurangan penyakit tersebut. Nasihat ini mungkin meliputi isu diet yang mempengaruhi kesihatan keseluruhan dan kesihatan oral. Walupun kita tahu tabiat diet tertentu boleh menyumbang kepada penyakit, namun adalah kurang pasti sama ada pesakit akan menerima nasihat yang diberi dan mengubah diet mereka. Matlamat ulasan ini adalah untuk menentukan sama ada usaha doktor pergigian dan ahli pasukan pergigian berjaya mengubah diet pesakit. Kami menghadkan ulasan dengan melihat kajian-kajian di mana nasihat diet diberi di surgeri pergigian atau seumpamanya, dan apabila nasihat diberi oleh seorang ahli pasukan kepada pesakit secara individu.

Kami mengenal pasti lima kajian. Dua kajian adalah berkenaan nasihat diet tentang kesihatan umum (satu tentang alkohol dan satu lagi tentang pengambilan buah dan sayur). Dalam kedua-dua kajian tersebut, terdapat perubahan tingkah laku yang lebih sihat selepas nasihat diberi.

Kami juga mengenal pasti tiga kajian yang cuba mengubah tabiat pengambilan gula untuk mengurangkan kerosakan gigi. Namun, dalam dua dari tiga kajian tersebut, terdapat juga bentuk dan nasihat lain yang diberi pada masa yang sama, misalnya berkenaan memberus gigi. Oleh itu agak sukar untuk menyatakan sama ada perubahan diet terjadi akibat nasihat diet yang diberi atau mereka dipengaruhi secara halus oleh mesej-mesej lain. Sebagai contoh: nasihat tentang memberus gigi membuat pesakit lebih peka tentang kesihatan oral yang menghasilkan perubahan dalam diet mereka. Kebanyakan kajian tentang pengambilan gula adalah berkualiti rendah. Bukti nasihat diet yang bertujuan untuk mengubah tabiat pengambilan gula adalah rendah. Kajian-kajian lebih lanjut dalam aspek ini perlu dipertimbangkan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my

Tools
Information
Share/Save