Penggunaan aspirin, steroid dan ubat anti-radang bukan steroid untuk merawat penyakit Alzheimer

Keradangan mungkin memain peranan penting dalam perkembangan penyakit Alzheimer. Terdapat beberapa bukti dari kaji selidik komuniti bahawa orang yang menerima ubat anti-radang untuk pelbagai keadaan perubatan mungkin kurang cenderung untuk menghidap penyakit Alzheimer. Empat belas kajian memenuhi kriteria kemasukan untuk ulasan ini dan tiada kriteria pengecualian. Aspirin, steroid dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) (tradisional dan perencat cyclooxygenase-2 (COX-2) yang terpilih) menunjukkan tiada manfaat penting dalam rawatan penyakit Alzheimer. Oleh itu, penggunaan ubat-ubatan ini adalah tidak disyorkan untuk rawatan penyakit Alzheimer.         

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save