Fisioterapi dada untuk radang paru-paru untuk orang dewasa

Radang paru-paru adalah masalah kesihatan paling lazim yang mempunyai kesan keatas semua peringkat umur di serata dunia. Antibiotik merupakan rawatan utama bagi radang paru-paru, manakala terapi-terapi lain kebanyakannya adalah rawatan sokongan sahaja. Fisioterapi dada digunakan dengan meluasnya sebagai terapi tambahan untuk radang paru-paru dalam orang dewasa tanpa sebarang bukti yang boleh diyakini.

Enam kajian terkawal secara rawak yang melibatkan 434 peserta telah dinilai. Kajian telah menilai empat jenis fisioterapi dada, iaitu fisioterapi dada konvensional, rawatan manipulasi osteopatik (termasuk perencatan paraspinal, kenaikan tulang rusuk, dan pelepasan diafragma atau 'soft myofascial'), teknik-teknik kitaran pernafasan aktif (termasuk kawalan pernafasan aktif, senaman pengembangan toraks dan teknik penghembusan nafas paksaan) dan tekanan ekspiratori positif. Kesemua teknik-teknik (berbanding tiada fisioterapi atau terapi plasebo) tidak mengurangkan kadar kematian. Dalam kalangan tiga teknik (fisioterapi dada konvensional, teknik kitaran pernafasan aktif dan rawatan manipulasi osteopatik) tidak ada bukti yang menyokong kadar penyembuhan yang lebih baik berbanding dengan tiada fisioterapi ataupun terapi plasebo. Bukti yang terhad menunjukkan tekanan ekspiratori positif (berbanding tiada fisioterapi) dan rawatan manipulasi osteopatik (berbanding terapi plasebo) boleh mengurangkan sedikit tempoh berada di dalam hospital (sebanyak 2.02 dan 1.4 hari, masing-masing). Juga, tekanan ekspiratori positif (berbanding tiada fisioterapi) boleh mengurangkan sedikit tempoh demam sebanyak 0.7 hari, dan rawatan manipulasi osteopatik (berbanding terapi plasebo) mungkin mengurangkan tempoh penggunaan antibiotik sebanyak 1.93 hari. Tiada kejadian yang tidak diingini telah dijumpai.

Ringkasannya, fisioterapi dada tidak harus disyorkan sebagai rawatan tambahan rutin untuk radang paru-paru dalam orang dewasa. Kelemahan kajian kami adalah enam kajian yang telah mempunyai penerbitan yang kelihatan telah memenuhi kriteria kelayakan kemasukan sedang menunggu untuk diklasifikasi (lima di antaranya diterbitkan dalam bahasa Rusia).

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Share/Save