Formulasi ubat herba Cina jenis Huangqi untuk sindrom nefrotik

Proteinuria berat (protein dalam air kencing), hypoalbuminemia (paras albumin darah rendah), oedema (pengumpulan cecair dalam badan, mengakibatkan bengkak) dan hypercholesterolaemia (kolesterol darah yang tinggi) adalah ciri-ciri utama sindrom nefrotik. Pada masa ini, ubat-ubatan utama untuk sindrom nefrotik adalah kortikosteroid, ejen alkylating dan cyclosporin. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kesan buruk yang berkaitan dengan penggunaannya. Ulasan ini mengenal pasti sembilan kajian (461 peserta) yang membandingkan formulasi ubatan jenis Huangqi dengan ubat terkawal. Keputusan ulasan ini mencadangkan bahawa rumusan ubatan jenis Huangqi mungkin mempunyai kesan positif kepada sindrom nefrotik dengan meningkatkan albumin plasma dan mengurangkan penurasan albumin dalam air kencing, kolesterol darah dan triglycerides. Rumusan ubatan jenis Huangqi boleh mengurangkan sesetengah kesan buruk ubatan lain yang digunakan untuk merawat sindrom nefrotik, namun ini hanya dilaporkan dalam dua kajian. Kualiti metodologi kesembilan kajian yang termasuk adalah rendah dan ini merupakan had utama ulasan ini. Jenis-jenis patologi, jantina dan umur pesakit, serta tempoh dan dos formulasi ubatan jenis Huangqi tidak dapat di analisakan

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Sharon Chang Mei Wern (Taylor’s University). Disunting oleh Sharifah Halimah Jaafar (Regency Specialist Hosp Sdn Bhd, JB). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi m.w.chang@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save